facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum, haiii 😊

Lepas dah kahwin, FD pun berhenti keje dah. Alaa keje jurujual je. Tapi tu lah, rasanya nak fokus dalam rumahtangga dan blog je. Taknak keje luar. Baru lah banyak masa dengan suami, tak gitu? Hehe 🙈

So, saje lah plan nak bercuti kat Pulau Perhentian. Yelah, tinggal kat Terengganu dari 2012 tapi sekali pun tak pernah jejak kaki kat pulau yang hot tu. Nak tunggu family bawak, memang lambat. Abah sibuk dengan keje sampai takde masa nak berjalan jauh. Takde lah jauh mana. Dalam Terengganu jugak, ye dak? Bila dah kawin ni, senang sikit nak bergerak ke mana mana. Nasib dapat suami yang melayan je kerenah isteri 😂

FD pegi Pulau Perhentian ni tak beli pakej pun. Cuma booking hotel je. Tu pun booking kat booking[dot]com. FD lagi prefer booking situ je sebab lagi murah dari yang lain. Atau korang ada cadangan website lain yang lebih murah? Just drop kat komen kalau ada 😉

FD booking bilik kat Flora Bay Resort. Situ je deal paling murah untuk 3 hari 2 malam. Untuk 3 hari cuma RM296.80 termasuk GST. Tak sampai RM300 tau. Makan tu sendiri lah sebab tak termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dengan makan malam. Tu semua sendirian berhad, hehe. FD book hari biasa, bukan waktu cuti sekolah. Sebab tu murah sikit rasanya. And duit tambang bot nak ke pulau tu RM60 seorang. Nombor telefon FD tak ingat nak save tapi ingat nama bot tu Belalang Holiday. Kalau rajin korang search lah. Pastu ayat sikit kot boleh dapat murah sebab kebiasaannya tambang bot harga dia RM70 seorang.

Kat sini FD share dengan korang gambar bilik Flora Bay Resort.


Bilik katil double. Mengadap pantai 🌊
Dalam bilik ada kipas dan aircond. Also ada meja solek dan almari (terlupa nak ambik gambar). Siap ada peti sejuk kecik tu tau. Cuma 1 je lah, takde televisyen dalam bilik. Nama pun bercuti nak berehat kan. Rehat betul lah kepala otak. Phone pun takde usik mana setakat nak tengok jam je.



Toilet memuaskan. Tak kotor. Bersih je. Siap ada water heater tau.

Gambar luar bilik FD tak ambik. Terlupa jugak. Terlampau asyik tengok air pantai. Tapi FD share gambar dari Google lah ye

Gallery image of this property
Full view dalam bilik tapi bilik kami takde karpet tu lah 😓


View luar bilik


Sampai je pulau duduk lepak kat buai kejap ambik angin.



Cantik sangat view kat Pulau Perhentian ni.

Honeymoon @ Pulau Perhentian🏝 . 070318 - 090318 . #PulauPerhentian
A post shared by Fatin Diana (@ftndiana) on Mar 9, 2018 at 1:24am PST

Best sangat masa kat Pulau Perhentian tu. Orang tak ramai mana masa FD dengan suami kat sana. Kami checkin sana 7hb Mac hingga 9 Mac 2018. Rabu, Khamis Jumaat. Yang ada masa tu ramai pelancong je. Oh ya, Flora Bay ni kat Pulau Perhentian Besar. Pulau ada 2 jenis. 1 lagi Pulau Perhentian Kecil. Kat sana bebas sikit lah, berbeza dengan Perhentian Besar. Maksud FD bebas ni ada aktiviti bebas. Faham sendiri lah bebas yang macam mana. So tak sesuai lah dengan kitorang jenis nak ambik mood berbulan madu ni 😉




Bab makan kat sana memang kena standby RM15 paling koman untuk sekali makan. Nasi goreng harga dalam RM7-9 macam tu. Kat sana FD kerap order milo ais je. Segelas Milo ais RM6. Gelas besar boleh tahan lah. Nasib habis. Kalau breakfast kongsi je dengan suami sebab memang jarang sarapan pagi. Hari ke tiga pun tak keluar breakfast. Membuta je sampai nak checkout 😂 liat weh nak bangun tidur sebab sana pagi pagi pun sejuk je rasa. Tak panas mana pun. Pasang pulak aircond. Taknak lepas bantal. Tapi nak taknak, kena jugak checkout. Tak memasal kena extra charges tambah sehari pulak. Mana nak cekau duit. Bukan ada ATM kat pulau 😂


Kos bercuti kat Pulau Perhentian:
Bilik double bed - RM300
Makan - RM100 (for 2 person, bukan sorang ye)
Tambang boat - RM60 per person
Tambang bas dari Besut ke Kuala Terengganu - RM16 per person
*yang tambang bas ni masa balik je. masa nak ke Besut tu mintak tolong abang ipar hantarkan ke jeti Besut*
Kami ke sana free and easy sebab memasing memang taknak buat apa apa aktiviti. Tak kisah lah snorkeling ke diving ke, big no. Kitorang betul betul nak rest jauh dan jauh dari orang yang kenal kami. Bukan selalu dapat bercuti camni.

Next trip taktau kemana 😎


Assalamualaikum :)

Sape kata Kuala Terengganu ni takkan dapat best memori? Yelah, FD sendiri tinggal di Kuala Terengganu, tipu lah kalau takde kenangan yang best, kan?

Terengganu adalah antara negeri yang kaya dengan destinasi pelancongan. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan sangat sesuai untuk travel secara berkumpulan ataupun individu. Tambah lagi, jika korang seorang yang sukakan ketenangan ketika travel tanpa kesesakan lalu lintas dan ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti hutan lipur, air terjun, pulau dan pantai, destinasi ni adalah pilihan yang terbaik. Tapi kalau nak ronda satu Terengganu maybe two or three days saja memang tak cukup, jadi FD kecilkan sikit tempatnya kita holiday sekitar Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai Bandar KT. Ikutkan bandar KT ni pun dah agak besar untuk kita terokai. Pasti korang takkan boring kalau datang bercuti ke sini. Tunggu apa lagi? Jom kita tengok penyu. Yeah! Nanananana, Ganu kita.

Sebenarnya, korang beruntung tau kalau holiday di bandar KT ni sebab bandarnya berdekatan dengan banyak pantai-pantai yang best untuk berekreasi dan bersantai petang sambil makan makanan santai orang Terengganu. Antara pantai yang sering menjadi tumpuan para pengunjung ialah Pantai Batu Buruk. Haaa, pasti korang pernah dengar kan? Pantai ni juga merupakan pantai yang paling terdekat kalau korang stay di hotel bandar KT. Selain itu, korang juga boleh ke Pantai Teluk Ketapang yang terletak di Seberang Takir. Kat pantai ni terdapat juga playground untuk kanak-kanak, service naik kereta kuda dan yang paling menarik ada beberapa warung Ikan Celup Tepung yang mana sangat popular di sini. Di sini juga terdapat banyak tempat penginapan yang murah. Jadi, korang bolehlah try cari dan book best budget hotels at Kuala Terengganu mengikut bajet korang.

Selain lepak dan bersantai di pantai, korang juga boleh melawat ke beberapa mercu tanda utama negeri ini iaitu Pusat Sains Kreativiti Terengganu. FD rasa tempat ni adalah one of new attraction place di bandar KT di mana para pengunjung boleh bawa anak-anak untuk melihat banyak pameran dan galeri yang umumnya berkaitan dengan pembelajaran sains. Taman Tamadun Islam juga adalah destinasi yang agak famous dan sering dikunjungi pelancong. Ia bukanlah historic sites pun untuk negeri ni tapi lebih kepada untuk melihat sejarah Islam, lebih-lebih lagi senibina bangunan ikonik Islamik dunia. Kalau korang nak melihat suasana bandar KT dari sungai, FD suggest kan korang try naik River Cruise TTI. Memang enjoy wei! Korang akan menaiki bot kat jeti Taman Tamadun Islam dan akan dibawa menyusuri Sungai Terengganu sambil tengok landmark utama yang ada di kawasan sekitar seperti Masjid Kristal, perkampungan nelayan, Jambatan Sultan Mahmud dan sebagainya.


Masjid Kristal Kuala Terengganu


Seterusnya, jika korang seorang shopaholics, pasti tercari-cari tempat yang murah dan sesuai untuk berbelanja kan? Di bandar KT ni bukanlah seperti di KL atau Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan shopping mall yang besar-besar seperti KLCC, Pavillion dan sebagainya tapi ia lebih tertumpu kepada pasar-pasar dan kedai-kedai biasa seperti Komples Kraf Noor Arfa, Bazar Warisan, Desa Murni dan yang paling famous Pasar Payang. Ada macam-macam jenis barangan yang dijual kat situ dan kebanyakkannya adalah hasil produk orang Terengganu sendiri seperti keropok keping, ikan masin, kerepek, periuk belanga dan banyak lagi. Tapi aku tak galakkan korang pergi ke semua tempat shopping ni ya. Sebab nanti korang rambang mata, habis semuanya nak dibeli. Jenuh nak bawa balik wei. Tips untuk berjimat, jangan bawa duit banyak sangat dalam dompet tu ya kalau dah tahu nak pergi shopping. Haha.


Pasar Payang Kuala Terengganu

Korang still belum puas berjalan? Kalau macam tu apa kata korang singgah ke tempat-tempat bersejarah yang ada di bandar KT ni seperti Muzium Negeri Terengganu. Kat muzium ni terdapat banyak information dan barangan artifak yang berharga tau. Kalau korang nak tahu, muzium ni merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. So, memang macam-macam laa korang boleh tengok. Tambah lagi, korang juga boleh visit ke Bukit Puteri yang terletak berdekatan dengan Dataran Shahbandar. Kalau dulunya, tempat ni merupakan sebuah kubu pertahanan kerana lokasinya sangat strategik. Sebab tu kat sini korang akan jumpa beberapa laras meriam, loceng, dan rumah genta. Banyak lagi tempat-tempat sejarah yang menarik boleh dikunjungi seperti Kota Duyong Lama, Bukit Keledang dan lain-lain lagi.

Mencari keunikan sesuatu juadah di negeri orang tu memang dah menjadi satu kewajiban kalau pergi holiday dan menu makanan yang popular kat sini adalah keropok lekor, nasi dagang, sotong sumbat, ikan celup tepung dan pelbagai jenis kuih muih tradisional. Tempat untuk breakfast, korang boleh try ke kedai Nasi Dagang Kak Jah, Mak Ngah Nasi Goreng dan Nasi Dagang Batu Rakit. Kalau nak makan tengahari nasi berlauk pauk orang setempat, korang singgahlah ke Restoran Singgang, AZ Selera Timur, Syed Stulang Seafood dan Restoran Mat Binjai. Memang terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap-sedap. Selain masakan panas dan ikan bakar, makanan western pun ada juga seperti di The Pallet Café, CVU iPata Steamboot & Grill, D’Ganu Seafood Café dan banyak lagi. Hmm, memang puas hati. Tips untuk berjimat lagi, korang boleh try usha hotels at Kuala Terengganu yang berdekatan dengan pantai sebab biasanya di tepi-tepi pantai terdapat banyak gerai-gerai makanan yang sedap-sedap. So, semoga korang enjoy bila bercuti ke sana ya.


Assalamualaikum

Masih ingat lagi trip FD bersama Blooggers Dot Com? Rujuk entri Hotel Murah di Kuala Terengganu. Ada sambungan entri lagi sebenarnya tau. Kali ni nak kongsi dengan korang tempat menarik di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada pihak Sumai Hotel Apartment sebab sudi bawa kitorang jalan-jalan kat Kuala Terengganu :)
FD yang dah tinggal kat Kuala Terengganu ni sejak Jun 2012 pun tak pernah jelajah kat sini lagi. Sodihhh! Sebabnya ayah selalu sibuk dengan kerja.


Taman Panorama
Taman Panorama terletak di atas bukit. Waktu dalam perjalanan nak ke Taman Panorama ni, serupa macam naik Genting Highland. Naik tinggi, selekoh tajam. Memang ada feeling ke Genting Highland jugak lah sebab masa tu hujan rintik-rintik, sejuk jeee :D

View yang sangat cantik!
Kalau datang waktu malam, confirm lagi awesome view dia :D


FD, Nabila Medan, Kak Nabila Biela, Kak Hazanis dan Farisya Anastasyia.


Le girls and le guys
Dalam gambar ni, kitorang naik kat atas sekali! Gayat? Ada lah sikit, hihi! Memang tinggi sangat-sangat! Kalau tinggi, makin cantik lah view kat Kuala Terengganu ^_^


Muzium Negeri Terengganu
Ini first time FD pergi Muzium Negeri Terengganu. Terasa macam kembali ke zaman persekolahan pulak. Eh? Haha! FD memang suka bab-bab pergi muzium ni.

Waktu operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari kecuali hari Jumaat)
Hari Jumaat 9 pagi - 12 tengah hari & 3 petang hingga 5 petang
Harga tiket: WARGANEGARA - RM2 (kanak-kanak) , RM7 (dewasa)
RM1 (pelajar berseragam sekolah)
BUKAN WARGANEGARA - RM10 (kanak-kanak) , RM15 (dewasa)


Oh ya, nak masuk sini ada benda yang kita takbole bawa tau.
Cameras and bags are not allowed!



This is why I love to go to museum!
Suka tengok barang lama/antik ♥

Kebetulan masa kitorang pergi muzium ni, ada pertunjukan ular berbisa.
Untung sesangat, hihi!

Nampak je kecik, tapi berbisa tau!

Gilos! Masukkan ular dalam mulut. Kalau jenis tak berani, memang tempah maut lah jawabnya. Hebat abang-abang yang berani main dengan ular ni!


TTI RIVER Cruise
Bayar RM20 (dewasa) / RM15 (kanak2/warga emas)


Masa ni lah kita dapat tau nama-nama tempat kat area Kuala Terengganu. Macam-macam nama pulau, sungai. Aishh! Macam-macam ada lah! Hehe :D

Taman Monumen / Taman Tamadun Islam
Harga tiket masuk:
Dewasa - RM20
Warga emas (60 tahun keatas) - RM15
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM15
Kanak-kanak (6 tahun kebawah) - Percuma


Suka sangat tengok replika masjid ni. Semuanya comel-comel dan cantik :)



Last but no least, kedai batik STR SDN BHD.

Masa ni, semua orang berpeluang untuk canting batik, lepas tu semuanya keluarkan ke-kreatif-an diorang. Eh? Ada ke perkataan cenggitu? HAHA! Langgar je lah.

Thank you Sumai Hotel for this lovely trip ♥
http://sumaihotel.com/

Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga istimewa kalau korang nak menginap di Sumai Hotel. Kena mention yang korang pembaca blog FD tau ^_^v
Boleh refer info lanjut di entri
http://www.fatindiana.com/2013/12/hotel-murah-di-kuala-terengganu.html



Alhamdulillah, akhirnya FD ada juga masa nak post entri tentang trip minggu lepas ke Kuala Terengganu bersama beberapa wakil Blooggers Dot Com. Masa trip tu, kami semua menginap di Sumai Hotel Apartment selama 3 hari 2 malam :)


Antara blogger yang turut serta.

Dalam entri ni FD nak kongsi dengan pembaca pengalaman FD sendiri menginap di Sumai Hotel Apartment selama 3 hari 2 malam tu. Hotel apartment ni antara hotel murah di Kuala Terengganu. Bab harga, kita cerita kemudian. Sebabnya ada pakej special punya untuk pembaca blog FD ni. Kita tengok kelengkapan yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment ini dulu. Oh ya, pekerja Sumai Hotel ni semuanya ramah tau. Mesra alam, gituuu! Hihi :D
Ada macam-macam jenis bilik atau apartment. Yang seronoknya, kita akan rasa seperti berada dirumah sendiri. Dah nama pun apartment, ye tak? :p

Susunan gambar mungkin agak terabur sedikit, tapi takpe, kat hujung entri ni nanti korang boleh refer balik nama-nama bilik ni, okay? ;)


Studio Room
1 katil size Queen + 1 bilik air + ruang tamu + peti sejuk
 Sarapan untuk 2 orang
Harga: RM284.20 nett





Suite Room
2 katil single + 1 bilik air + peti sejuk
Sarapan untuk 2 orang
Harga: RM191.40 nett



Superior Apartment
4 bilik (1 Queen size , 2 Single size , 1 Single size) + 2 bilik air + dapur kecil + peti sejuk +  ruang makan + ruang tamu
Sarapan untuk 4 orang
Harga: RM487.20 nett






Okay, yang last ni special sikit.
Unit Pent House (limited sebab cuma ada beberapa unit sahaja)
Untuk yang plan nak bercuti dengan keluarga yang besar, sangat sangat sesuai! Harga lebih tinggi dari semua bilik atau apartment. Yang penting, harga sangat berbaloi dengan kelengkapan yang ada. Sangat sangat selesa tau! Dapat pulak view yang cantik, keluar kat balkoni je nampak pantai. Awesome! ^_^
Harga sekitar RM1200. Boleh lah share dengan dua tiga family, mungkin? Hihi!



Amacam? Tertarik tak tengok semua gambar ni? Haa, banyak lagi tau facilities yang ada selain penginapan yang selesa ni. Yang penting, FREE Wifi! Swimming pool pun ada tau.
Sumai Hotel terletak di tempat yang strategik. Dekat dengan Pantai Batu Buruk, Hospital Sultanah Nur Zahirah dan juga Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Kalau nak bersantai dengan keluarga, boleh pergi ke Pantai Batu Buruk :)

Pemilik Sumai Hotel Apartment ni adalah orang Melayu. Semua pekerja dalam Sumai Hotel ni pun 100% orang Melayu. Bangga lah sebab ada juga orang Melayu yang buka hotel murah di Kuala Terengganu tau ;)


Kita dah di penghujung entri. Macam yang FD bagitau awal-awal tadi. Ada harga special untuk pembaca atau pengikut blog FD. Boleh refer kat bawah ni ye untuk harga bilik. Sememangnya SPECIAL sebab harga MURAH habis dah ni! Tapi harga ni sampai 28th February 2014 je tau! So bookin cepat-cepat sebelum terlepas.



Paling penting, masa nak booking tu bagitau yang korang ni pembaca blog fatindiana dot com



Masih terpahat memori bersama 9 blogger ;)


1 Hotel Apartment Likes Staying @ Home
Families. Group. Business
More info : http://sumaihotel.com/


Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    Lama Tak Menulis Bukan Sebab Writer's Block Tapi Kerana Kekangan Masa
    3 weeks ago
  • mimbar kata
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    5 weeks ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    4 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    10 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates