facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,

Tumblr_llp7mwsob71qiq9x6o1_500_large

Harini mood FD tak berapa nak okay sangat. Ada je benda yang tak kena. Haihh.
So sekarang, FD nak share tips untuk kawal perasaan marah tu ^^

  1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  3. Minum air.
  4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  7. Berfikiran positif.
  8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


SUMBER

FD kalau marah, selalu jerit kuat-kuat atau nangis puas-puas. Tengok tips nombor 8 tu, so tak elok lah kot nak jerit-jerit. Lepas ni nak kurangkan jerit pekik bila marah. Eh eh, jerit pekik dah macam url sorang blogger ni pulak ----> http://www.jeritpekik.my/

Okay, lepas ni FD akan cuba ikut tips kat atas ni tiap kali terasa macam nak marah. Tak elok kan asyik marah-marah ni. Orang kata marah-marah ni nanti cepat tua. Ohh tidakk, FD tak nak nampak tua. Hehehee :D


Assalamualaikum,


Haritu FD ada cash out duit Says dan FD dapat duit tu awal. Tak perlu tunggu lama-lama sampai dekat sebulan. Nak tahu macam mana? Meh sini FD nak share tips ^^


Nampak tak apa Aqila bagitau? Itu lah yang FD baru tahu sebelum cash out kali ke 5 haritu. So kalau korang taknak tunggu duit masuk lambat, better korang klik sebelum hari Isnin minggu pertama dan minggu ke tiga. Baru lah boleh dapat duit tu awal ^^v

FD je baru tahu. Ntah-ntah korang dah tahu sebelum FD share tips ni kan? :/


Belum daftar akaun Says? DAFTAR KAT SINI CEPAT! Percuma je! Daftar, share link, orang klik link, korang dapat earning. Senang je kan? ^^
Tunggu apa lagi? Daftar sekarang :D


Assalamualaikum,


Siapa ada akaun salah satu daripada 3 kat atas ni? Haa, earning tak naik ke? Slow sangat ke?
Buat masa selama setahun lebih aku jadi blogger ni, aku pernah cash out dari SAYS je. Yang lain tak pernah lagi sebab macam lambat sikit and cash out kena RM100 ke atas. Memang semput lah nak kumpul. Ye dak? Hee :D

Ada blogger minta tips macam mana nak earning naik.
Lepas tu ada blogger yang dah tolong bagi tips.


Tips tingkatkan earning SAYS, Blin.gd, atau Churp2:

  • Share kat laman sosial seperti facebook, twitter atau blog
  • Pandai buat ayat yang menarik supaya ada yang terasa nak klik link tu
  • Promote iklan yang berkenan dengan link yang korang nak share tu


Tu je lah kot yang aku buat selama ni dan ini je lah yang aku mampu share dengan korang ;)
**aku aktif dengan SAYS je. churp2 tu lambat sangat nak naik earning sebab kadang2 tiba2 je iklan tu dah habis tempoh**


Assalamualaikum,


Tengah malam tadi aku ada buat entri TRAFFIC HARI INI, ramai juga blogger yang bagi komen kat entri tu. Terima kasih :)

Dan ada yang minta bagi tips.
Klik gambar kat atas untuk ke blog Zulhilmi Tempoyak.


Erk, nak tips ye? Hihi. Takpe, aku share mana yang aku tahu je. Maklum lah, aku bukan blogger otai. Cuma baru nak berjinak dengan domain. Hehe.


TIPS TINGKATKAN TRAFIK BLOG

  • Rajin update blog (kalau boleh, update hari-hari. kalau takbole, update seminggu 3 atau 4 kali)
  • Rajin blogwaking (balas jejak blogger yang dah singgah kat blog korang)
  • Rajin join segmen / giveaway / contest (bila penganjur dah buat list, korang boleh blogwalking kat peserta lain)
  • Rajin ping entri kat busuk.org atau group kat facebook
  • Rajin komen entri blogger lain #FENDY PUNYA TIPS



Itu je yang aku buat untuk masa sekarang ni. Korang cuba lah tips ni. Mana tau kalau traffic blog korang akan lebih tinggi dari traffic aku, kan? ;) yang penting kena RAJIN! Tu je :)


Terima kasih


Assalamualaikum reader,
Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada masalah ni. Cuma sekarang ni makin teruk pula aku rasa. Makin banyak rambut yang gugur. Sehari je bukan dua tiga helai yang gugur. Banyak gila yang gugur, lebih 10 helai aku agak.

Disebabkan aku dah tension dengan masalah ni, baru sekarang aku search kat google cara nak mengatasi masalah ni.

Tips untuk kurangkan keguguran rambut:
Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda, tumbuk hingga lumat. Kemudian gosokkan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan cuci rambut menggunakan syampu yang sesuai.

InsyaAllah aku cuba lepas ni dan harap-harap kurang la rambut gugur. Mak dengan abah dah bising bila tengok kat lantai ada banyak rambut aku yang gugur. Abah sampai suruh aku pakai sarung kepala, macam anak tudung yang mak cik-mak cik yang selalu pakai tu. Oh tidak, aku tak kan pakai! Duduk rumah je pun, alahai.

Selain tu, aku cari juga punca dan jenis masalah keguguran rambut ni. Meh sini nak share sikit :D


Jenis-jenis keguguran rambut:
  • Androgenetik alopesia
Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).
Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
  1. testosteron - (hormon lelaki).
  2. usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
  3. keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya
  • Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
  • Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
Rasanya aku punya problem ni yang Telogen Effluvium sebab tekanan fizikal atau emosi dengan diet tak seimbang agaknya. Sebab kadang-kadang aku banyak fikir. Fikir apa? It's private, okay? :)


Punca-punca keguguran rambut:
  • Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
  • Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Rambut Gugur? Revolusi Sains Dan Teknologi Toppik Mampu Selamatkan Penampilan Anda Rambut Mari Dalam 30 saat !


Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, memang begitu banyak produk yang dihasilkan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Namun, puas mencubanya tetapi tiada satu pun yang benar-benar berkesan dan serasi dengan kepala. Tensionnya! Apa lagi nak buat ya?

Uniknya Revolusi Teknologi Serat Rambut Toppik!
Percayakah anda, Toppik Malaysia menawarkan sebuah penyelesaian yang amat unik bagi masalah rambut gugur. Melalui kajian demi kajian, penelitian telah dibuat ke atas pelbagai teknik yang paling sesuai dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Inilah bezanya Serat Rambut Toppik berbanding produk-produk lain. Serat rambut ini berhasil menutup cela pada ‘pulau’ yang mula terbentuk di kepala anda. Ajaibnya, ia semua boleh dilakukan dalam masa 30 saat! Bukan itu saja, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan mudah untuk diaplikasikan sendiri di rumah.


Eh, Kesan Seawal 30 Saat? Cepatnya, Macam Pakai Rambut Palsukah?
Bukan, Serat Rambut Toppik bukanlah rambut palsu yang terdapat di pasaran. Serat Rambut Toppik ini adalah teknologi keratin yang bertindak menghasilkan gentian rambut apabila ia disemburkan.
Berbeza dengan rambut palsu, gentian ini berpegang teguh pada rambut asal dan kelihatan seperti rambut yang asli. Menariknya, material yang digunakan untuk membuat serat rambut ini berasal daripada bahan semulajadi lalu menjadikannya nampak lebih ‘natural’.

Serat Rambut Toppik Sukar Dibezakan Daripada Rambut Asli!
Oleh kerana gentian serat rambut ini berpaut pada rambut asal anda, maka rambut asal anda akan nampak lebih ‘penuh’, tebal, dan sihat. Saintis kami telah memformulasikan Serat Rambut Toppik daripada bahan semulajadi menggunakan benang bulu biri-biri. Benang-benang halus ini kemudiannya melalui proses penghasilan yang rapi sehingga ianya sukar dibezakan daripada rambut asli!


Ia juga didatangkan dalam 12 rona warna berbeza serta pelbagai ketebalan iaitu 3g, 12g, 27.5g, dan 55g. Ternyata begitu banyak pilihan untuk disesuaikan dengan rambut asal anda!

Selain itu, gentian serat rambut ini turut diperkuat dengan caj-caj elektrostatik supaya ia berpaut kukuh pada rambut asal. Maka, anda tidak perlu risau untuk menggunakannya setiap masa, walaupun dalam keadaan yang lasak seperti berlari atau membuat kerja-kerja luar. Ia tidak akan tertanggal dalam masa 7 hari, kecuali apabila disyampu.




Tapi, Bagaimana Pula Ia Membantu Merawat Rambut Gugur?
Sementara mengaplikasikan Serat Rambut Toppik, anda boleh mengamalkan pengambilan Toppik Hair Nutrition 2-In-1 Capsules. Kapsul ini boleh diambil 2 kali sehari untuk mengoptimumkan pertumbuhan rambut dan menghentikan masalah kebotakan. Ia mengandungi kesemua vitamin dan zat yang diperlukan untuk merangsang kesihatan rambut secara efektif.


Selain itu, anda juga boleh menggunakan Toppik Hair Building Shampoo, Toppik Hair Building Conditioner, atau apa-apa produk lain yang anda gemari pada rambut anda. Ia sama sekali tidak akan mempengaruhi Serat Rambut Toppik daripada berfungsi sebaiknya.
Jadi, sementara produk-produk lain ini mengambil masa untuk menampakkan kesan, anda tidak perlu menunggu dengan berkurung di rumah!
Tiada Kesan Sampingan, Yang Nak Bergaya Pun Boleh Cuba Tau!


Walaupun produk ini berteknologi tinggi, anda tidak perlu risau kerana ia bebas daripada sebarang bahan kimia yang merbahaya. Keseluruhan rangkaian produk kami, termasuk Serat Rambut Toppik telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran NOT150302965K.
Produk ini bukan hanya difokuskan kepada orang tua saja, tetapi segenap masyarakat daripada setiap peringkat umur. Jadi, kalau tak ada masalah rambut kronik pun boleh mencuba. Yalah, siapa tak suka mempunyai rambut yang lebat dan sihat, bukan? Mesti lebih cantik apabila digayakan pada hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan, makan malam romantis, atau acara sosial.
Walaupun digunakan secara kerap, ia sama sekali tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Jadi, tiada masalah untuk anda gunakannya setiap hari, sama seperti menggunakan produk rambut biasa.


Ramai Rakyat Malaysia Sudah Mula Mendapatkannya, Anda Bila Lagi?
Bukan hanya di Malaysia, malah satu dunia telah mencuba keajaiban Serat Rambut Toppik. Hanya dalam 30 saat, anda mampu melakukan rawatan rambut sendiri di rumah dan menyelamatkan kos puluhan ribu ringgit untuk membuat ‘hair transplant’.

Kini, anda mampu tampil yakin serta-merta! Hasilnya, lebih banyak jenis stail rambut yang mampu digayakan dengan rambut yang lebat dan bermaya melalui alternatif yang lebih mudah, selamat, serta hasil seakan-akan rambut sebenar. Yang penting, harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua generasi.



Dapatkan Produk Asli Hanya Melalui Toppik Malaysia
Rujuk laman web rasmi kami untuk maklumat lanjut tentang pilihan produk serta testimoni daripada pengguna Malaysia dan seluruh dunia. Belian secara online boleh dibuat di laman web www.toppikmalaysia.com serta daripada agen-agen kami di seluruh Malaysia. 
Toppik Malaysia ialah pengedar rasmi jenama Toppik yang diasaskan di Amerika Syarikat dan produk ini telah digunapakai oleh ratusan ribu pengguna di seluruh dunia. Jom, dapatkan yang asli hari ini!


Aku nak share tips macam mana nak dapat BE dari encik Nuffnang ni. Suka tak? Suka tak? Yeayy! Hihi! :D check this out blogger ;) #klik gambar untuk lebih jelas k


Yang ni UV untuk bulan lepas. Takde la cecah beriban. Nak dapatkan 500UV seminggu pun semput tau. Hahaa! xD

Last week punya.

Minggu ni punya.

  • Berdasarkan gambar kat atas ni, korang faham2 je la ek. Korang kena make sure yang korang punya UV untuk sehari kena lebih dari 50UV. Tu paling sikit tau. Tapi memang kena maintain la. Jangan sehari je 50 lebih UV, hari lain sikit sangat. Maybe kalau makin banyak UV, lagi bagus ;) tengok la blogger otai semua tu. Diorang punya UV sehari kemain, beribu tuuuu! Aku nak cecah 100UV pun susah tau.

#tips; kalau jenis yang bukan blogger tegar atau jarang update, korang kena la rajin blogwalking ;)



  • Update survey setiap minggu. Kalau rasa macam malas, dua minggu sekali pun boleh la. Jangan malas malas k? ;) kat situ nanti korang cerita la blog korang tu pasal apa.

#tips; buat ayat yang menarik kat kotak jawapan untuk soalan nombor 13. Kat situ nanti la diorang akan nilai and letak iklan diorang kat blog korang ;)


  • Rajin2 la hantar tiket kat Nuffnang. Hantar tiket ni kira macam korang contact dengan Nuffnang. Hantar je tiket apa2. Macam tanya diorang macam mana nak dapat BE ke, apa ke. Pape je. Dah dapat BE kang, hantar tiket kat Nuffnang, cakap terima kasih. Jangan sombong pula. Muehehe :3 hantar tiket ni setiap minggu atau pun dua minggu sekali ;)


Haaa, tu je la tips yang aku nak share. And benda ni juga la yang aku cuba kekalkan. Alhamdulillah, dapat la juga BE walaupun tak banyak mana. Nak dapat 25sen pun semput tauuu! Hahaa! Dekat setahun aku blogging ni, baru dapat RM20 lebih. Sikit je en? Tapi kira okay la daripada tak dapat langsung. Walaupun tak dapat income yang banyak, ada untungnya juga join Nuffnang ni. Masa birthday nak dekat, Nuffnang ni baik hati bagi tiket wayang. 4 tiket wayang tauuuu! Tu yang aku suka, hihi! :D

Selain korang cari side income dengan Nuffnang, korang boleh cari side income kat ChurpChurp and Says.my juga ;) cari side income sambil blogging, kan untung tu.

Paling penting untuk dapat BE, kena banyak berSABAR! Tu penting k. Orang yang banyak bersabar ni la yang akan dapat ganjaran. Tak gitu? Teheee :D so untuk korang semua, selamat berblogging! ;)


Adios! :D
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    Lama Tak Menulis Bukan Sebab Writer's Block Tapi Kerana Kekangan Masa
    1 day ago
  • mimbar kata
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    2 weeks ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    3 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    9 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates