facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


#dalam entry ni tak guna perkataan "aku", sekian :D

Semalam kan birthday saya :D hihi! Happy k even takde hadiah. But ada dua makhluk Allah yang baik and mesra alam ni buat entry untuk birthday saya. Terharu di situ. Hihi! Jom tengok siapa dua makhluk Allah yang baik and mesra alam tu.


*klik gambar untuk ke blog beliau*

Yang ni dari Nadya, dia ada tag kat FB semalam. Gambar perempuan yang bawah tu la saya, hee :D tak lawa mana pun, biasa je k. Thanks Nadya untuk entry tu even kita jarang bertegur kat FB :)


*klik gambar untuk ke blog beliau*

Jeng jeng jeng! Hahaa! Ni entry dari Abang Stalker. Haaa! Siapa tak kenal Abang Stalker? Dia agak fame #pada pendapat saya la. Follower dia ramai sebab dia mesra, tak sombong. Betul! Tak tipu punya. Heee :D 
Malu tau sebab Abang Stalker tu asyik puji saya, hihi! Thank you so much Abang Stalker! :D

Thanks juga untuk yang wish kat entry INI. Hee, sayang korang! :*
#Tak sabar nak tunggu sabtu ni xD


Bye!

Happy birthday to me! Happy birthday to me! Happy birthday to FD! Happy birthday to me! Yeayyy! Dah cukup 18 tahun. Dah besar k. Hihi! Oh yeah! Orang yang terawal wish birthday aku akak kat bawah ni :D

Kak Gnie and Kak Ainon. Hihi! Thanks akak :)
Tengok la tarikh tu, tak ke awal sangat? Hee :D diorang wish kat entry INI.

Petang semalam tak dapat text dari Maxis pun. Aku fikir Maxis lupa birthday aku and taknak bagi free call. Memang nak merajuk dah la en, HAHA! Eyqin pun tanya ada dapat text dari Maxis tak. Sebenarnya birthday aku dengan Eyqin tu sama. Hihi! Sweet tak? :p

Filzahuda orang pertama yang wish kat phone. Lagi 10 minit nak pukul 12 tengah malam, dia yang wish dulu. Hihi! Love you baby :*





Zarul yang first wish kat FB. Heee :D suka pula si Zarul tu bila aku bagitau dia yang first wish kat fb.

Dah pukul 12 lebih, aku terus try call mak aku sebab nak testing dulu. Haha! Mana la tau kot-2 habis kredit aku kang en. Then letak call, kredit tak gerak. Aku pun semangat ah en. Terus call Idzham. Haaa! Jangan fikir Idzham tu bf aku k? Dia tu kawan alam maya, kawan sejak zaman myspace lagi and birthday kitorang sama. Sorry, takde link sebab sekarang ni dia tak pakai fb, tak pakai ms and tak pakai ym lagi dah. Dia tua dari aku, beza kitorang 2 tahun. Kawan dah bertahun, jumpa sekali pun tak pernah =='

Lepas call Idzham, aku call Nina and Naza sebab diorang tak wish lagi :'( time call tu, aku tanya la ingat ke tak hari ni hari apa? Diorang terlupa, then diorang wish. Time tu aku meleleh dah tapi takpe, aku faham sebab diorang busy dengan assignment diorang. Call Naza kejap je sebab dia nak buat keje, bergayut dengan Nina lama gila, macam-2 benda kitorang cerita. Heee :D

Aku tunggu juga wish dari capital N. Aku fikir dia pun terlupa, agak sedih la juga. Then dia call, aku tak perasan. Dia text, dia cakap sorry, bukan dia terlupa tapi phone dia tinggal kat rumah. Mula-2 tu risau juga sebab aku text dia pukul 12 tu, tapi text tu tak delivery lagi. Kat kepala aku dah fikir bukan-2, risau tau tak?! Lepas dia text aku, aku call la. Dia nyanyi lagu birthday, sama macam tahun lepas. Hihi! Thanks Iguana! #nama baru dia, HAHA!



Yang tu setakat pukul 12, baru sikit tu je yang wish kat fb. Apa pun, thanks guys. Sayang korang :*



Kat shoutmix pun ada yang wish tau! Heee :D thanks Eraa :*

#penat taip thanks kat orang yang wish kat fb tu.
##tak sabar nak celebrate sabtu ni


Bye! :)


Lokasi - tempat parking kat Jusco Kepong
Masa - tahun lepas #aku tak ingat bila
Object - troli
Tukang record - mak #tu pasal macam tak bape nak elok sikit video ni.

Sebenarnya tadi aku buka blog lama aku #jangan minta url sebab blog tu aku tutup, bukan untuk tatapan umum lagi. Bila teringat and tengok balik video ni, rasa macam bodoh pun ada. Hahaaa! Time tu nta hantu mana rasuk aku masuk dalam troli. Macam hape je aku tengok pun, HAHA! Yang adik aku si Mirul tu pun sakan tolak troli. Aku suruh berhenti, dia still tolak troli tu. Haram J betul, HAHAHA!

Rasa macam nak repost entry lama-2 yang dari blog aku yang lama tu #aku tak faham apa yang aku taip ni, korang faham? HAHA! Sebenarnya kat blog aku tu banyak kisah lawak k. Kalau ada masa, aku repost kat sini ;)

Bye! :)


Hari ke 30 ni ialah hari terakhir untuk cabaran ini. Kenapa aku taip macam karangan ni? Ish, stop it! K, aku dah start melalut. Hm hari ke 30 ea. Apa yang jadi? Aku malas nak cerita yang nta pape.

Tadi aku webbie dengan Pieka. Jom tengok xD




#muka aku macam hape je =='


First time k webbie pakai tudung. Hahaa! Macam lawak pula aku rasa. Tapi takpe, kan aku dah cakap aku tengah try nak berubah :D aku ada bagitau kat entry INI. Heee, ni pun dalam proses nak berubah k.
Korang doakan la aku boleh berubah ea :')

#yeayyy! cabaran ni dah habis. hoyeh hoyehhh! aku berjaya habiskan cabaran ni. suka tauuu! :D


Bye! :)


Tumblr_ljhy3nblyp1qir6sro1_500_large


10 tahun akan datang umur aku dah 28.
Kalau time tu aku dah ada jodoh, insyaAllah aku dah kawin kot time tu. Lagi satu mungkin dah ada anak kot sorang atau dua orang. Tak pun kembar #ceh, berangan! xD
Kalau takde jodoh, jadi andartu kejap la. HAHAHA! Minta simpang la! Aku taknak jadi andartu. Tolong la, HAHA!
Cukup cukup! Aku taknak melalut! Stop sampai sini. Esok cabaran ni habis. Yeayy! :D


Bye! :)


Tumblr_lojdbrhbca1qmo6hxo1_400_large


Yes yes yes! Lagi dua hari je. Hoyehhh! Hahahaa xD okay, jom tengok apa hobi aku.


Baca novel time betul-2 tengah bosan and ada masa
Dengar lagu #layan perasan, cehh! Hahaa
Makan makan makan!
Online sampai bosan
Blogwalking, cari cerita baru
Suka belek muka
Tengok wayang #hobi baru
Lepak dengan kawan
Tengok barang yang menarik
Tidur pun hobi tau! #tu pasal berat aku makin bertambah =='

Haaa, tu je la kot. Hihi xD tak sabar nak habiskan cabaran ni :D


Bye! :)





#kualiti gambar tak lawa sebab pakai camera phone sahaja :D


Semalam Nina ajak keluar KL, dia nak beli barang and tengok wayang. Alang-2 nak pegi KL tu, aku rasa boleh la nak ambil tiket wayang dari Nuffnang tu. Sebelum tu, try tanya mak aku samada boleh keluar ke tak and dia bagi. Susah k nak kelua banyak kali, kang aku juga yang koyak rabak =='

Malam tu pula aku dah pening cuba cari tempat syarikat Nuffnang tu kat encik Google. Then aku dah give up, terus cari encik Skytech. Hihi xD thanks Izzat sebab tolong Diana, really-2 thanks. Dia sabar je layan aku time tu, haha. Thanks!

Pagi tadi siap-2 and terus gerak dengan Danial. Danial dah gemuk, HAHA! Sepanjang aku dengan dia sementara tunggu Izzy datang, Danial habis kena dengan aku. Haaa! Kau sendiri cakap budak PLKN yang kumpulan ke 3 tu budak jahat en. Memang aku jahat terus la dengan kau tadi, padan muka! Sampai Sogo, terus text Izzat. Dia bagi direction tapi aku takut nak gerak sebab takut sesat. Hahaa! So aku tunggu Izzy sebab dia cakap dia rasa dia ingat jalan tu. Dalam setengah jam tunggu, baru Izzy sampai and kitorang terus jalan kaki cari tempat tu. Dah belok kat selekoh tu, terus call Izzat tapi bukan aku yang jawab. Hihi xD segan k.

Dah sampai kat tempat tu, aku macam was-2 tau sebab tempat tu macam hotel. Then kitorang masuk la. Kena isi details dulu kat guard ==' naik lif and cari tempat Nuffnang. Dah sampai tu, kitorang tengok dulu kat pintu tu. Aku tak ingat apa yang tertulis kat tempat tekan loceng tu xD k stop merepek. Sampai sana, amoi buka pintu and dia tanya "yes?", aku cuma jawab nak ambil tiket and dia minta email then sains lepas tu dapat tiket and bla.

Settle ambil tiket dari Nuffnang, terus gerak pegi BB. Time tu si Azam nak merajuk dah sebab aku tak tunggu dia kat Sogo ==' grrr! Then aku suruh dia gerak BB terus. Aku dah sampai BB, then Izzy bawa tempat yang jual baju. Kat situ banyak gila baju Little Miss! Aku sekarang ni tengah kumpul baju Little Miss❤
Tengah belek-2 baju tu, Danial cakap dia kena gerak dah sebab nak jumpa kawan then ak ambil adik dia balik sekolah. Time tu nak dekat pukul 12 kot. So takpe la, biar je dia balik.

Then si Azam cakap dia dah sampai BB. Aku pun cari dia. Tengah nak cari tu, tiba-2 aku ternampak benda yang aku dah lama nak sangat! Hihi! xD cer teka cer teka, HAHA! Okay malas nak gedik, tengok bawah ni.



Yippie! Aku jumpa purse DOMOOOOOOO! #sengaja nak tayang tiket wayang free tu :p Lepas aku nampak purse tu, aku terus belek-2 tengok harga. Agak terkesima #ceh ayat! HAHA! Sebab harga dia RM39.90! Then aku tanya orang tu takbole kurang lagi ke? Dia cakap ada discount, so tinggal RM25. Kira okay la tu en. So aku pun beli la :D

Lepas beli purse tu, sambung cari Azam. Dah jumpa dia, tapi dia malu-2 pula ==' aku cakap pun dia cuma angguk, geleng and senyum, tu je ==' lepas dah jumpa Azam, terus gerak KLCC sebab nak jumpa Nina kat situ. Sampai KLCC, terus pegi foodcourt. Izzy belanja wey, weee~! Hahaaa!

Oh yea, ada gambar untuk korang tengok. Kalau taknak, takpe :p



With Nina :)



Nina with K #her bf :)



Ni la Izzy! :D
Dia punya Nikon lagi hebat dari aku k =='



We :D



Dengan Nina lagi :D



Sebelum gerak nak balik, ambil gambar pelik sikit xD



Ni la Azam! :D susah k nak ambil gambar dia. Malu sangat kot =='


Pukul 3 gerak pegi TS, beli air bubble tea sebelum balik. Teheee :D tunggu train tak lama, tapi bas kat SD memang macam ****! Sabo je la~

#aku bagi adik aku tiket tu satu je. yes, saya kedekut xD
##sape agaknya follower aku yg ke 600 tu ea? ;)


Bye! :)


Tumblr_lnlt62kgzh1qe49wpo1_500_large


Makanan;
Nasi goreng biasa
Nasi goreng pattaya
Paprik ayam
Tom yam ayam
Ayam masak kicap
Ayam masak merah
Sup sayur
KFC
Pizza Hut
Mc Donald's
Ayam goreng! #macam Ipin tak? xD
Roti telur
Maggie goreng
Murtabak maggie
Chocolate
Kek chocolate
Keropok lekor
Nasi ayam
Roti + Nutella


Minuman;
Milo ais
Oligo coco
Bubble milk tea #perisa strawberry
Jus laici
Jus oren
Air yogurt #strawberry
Susu kotak dutchlady #chocolate
Sirap bandung

Kalau minuman, aku lebih suka strawberry berbanding chocolate. Kalau bab makan, aku memang pantang nampak atau terbau ayam atau chocolate. Bagi la bape banyak pun, aku mesti boleh habiskan xD


Bye! :)


15 fakta tentang FD :)

  • Tak bape lembut, means sopan tu kadang-2 je ada :D
  • Kakak #anak sulung yang tak bape baik dengan adik-2
  • Berumur 18 tahun tapi ketinggian macam budak sekolah menengah :')
  • I'm a DOMOHOLIC!♥
  • Kadang-2 sombong, tapi bila dapat kawan tu memang kecoh :D
  • Benci dengan orang yang perasan bagus
  • Akan menangis walaupun marah orang lain atau cerita masalah kat kawan
  • Sayang orang yang terima aku seadanya
  • Mudah sukakan seseorang tapi susah untuk sayangkan orang tu
  • Kalau aku cakap sesuatu, aku betul-2 maksudkan
  • Selalu mengadap PC lebih dari 5 jam
  • Mata dah rabun sikit, tapi tak pakai cermin mata
  • Lebih suka keluar dengan kawan berbanding dengan family
  • Kadang-2 kedekut tapi kalau tengah ada duit, mesti belanja kawan punya la ;)
  • Suka share barang dengan kawan, tapi kalau tak reti nak pulangkan, aku selalu ungkit xD


Yes, kadang-2 aku teruk. So beware ;)


Bye! :)


16 July #sabtu hari tu plan dengan Rara nak tengok Ali :')
Sebelum korang baca, fikir dulu nak baca atau tak sebab entry ni panjang and takde gambar time keluar :)

Aku dah pesan kat Rara, suruh kejutkan aku pagi-2. Aku ni selalu bangun lambat act, hee :D then dia call and text. Aku lambat sikit je bangun sebab phone aku tu buat vibrate je and tengah charge time tu. Dah siap segala, terus tunggu dia. Oh yea, kitorang pakai baju sama k. Macam dalam gambar tu. Hihi xD sweet tak kitorang? Mesti jealous kan? #cakap la korang jealous! Heeee :D

Dalam pukul 9 lebih, baru Rara dengan mak dia sampai Damansara. Then mak dia hantarkan kitorang pegi Kepong Sentral, #thanks auntie :') Sampai kat Kepong tu, kitorang ambil teksi pegi Amanpuri #rumah Ali. Kitorang naik teksi Cina. Okay, uncle tu tak habis-2 nasihat bagai. Dia panggil aku "leng loi", sila jealous. HAHAHA! #perasan. Leng loi la sangat, phuii! Apa pun, thanks kat uncle tu sebab nasihatkan aku macam-2. Yang Rara gelak-2 kat belakang, gua dengar k. HAHA!

Dah sampai Amanpuri, kitorang sesat SEKEJAP je k. Sebab aku tak pernah pegi rumah Ali tu lagi. Then aku call Atia, tanya dia flat yang mana. Lepas Atia cakap tu, aku macam agak blur. Then aku tanya kat guard flat yang aku pegi tu. #thanks pakcik guard, haha. Kitorang kena jalan turun bawah, then baru nampak flat Desa Satu. Nasib baik Atia tunggu kat bawah flat tu untuk jemput kitorang #thanks Atia ;)

Klik SINI kalau nak tau apa yang aku dengan Rara buat dekat rumah Ali :') kalau nak tengok dekat blog Rara pula, klik SINI. Dia pun buat entry pasal Ali :) time kat rumah Ali, aku terkejut bila dengar ayah dia pasang lagu Korea. Gila ah! Macam tak percaya k yang ayah dia layan Korea. Atia pun perasan aku macam pelik bila ayah dia layan Korea.

Rasa macam dah lama sangat kat rumah Ali, kitorang minta diri nak gerak dah. Then Rara cadang keluar sama dengan Atia sebab kebetulan Atia nak kelua juga petang tu. So kitorang pun tunggu Atia bersiap dulu. Sementara tunggu, borak dengan Rara. Banyak benda yang kitorang borak. Hal peribadi la kot, hee :D then Rara tunjuk text Ali dulu. Seriously sweet k. Then Atia dah siap, kitorang tak gerak lagi. Borak dengan Atia pula. Atia sebaya dengan aku and sama dengan aku, tak keje lagi and still tak ambil lesen. Tehee :D

Pukul 12 lebih macam tu, kitorang gerak dah. But sebelum tu pegi makan kat kedai mamak dulu. Time nak masuk kedai mamak tu, serious takut k sebab ada negro. I hate BLACK MAN, bak kata Ali. Kan Rara kan? xD time kat kedai mamak tu aku tak makan pun, cuma minum je. Atia dengan Rara makan but lepas tu diorang sakit perut, kesian diorang. Time makan-2 tu, kitorang borak la cite pasal sekolah. Serious rindu nak sekolah doe. Then aku pesan kat Rara belaja betul-2, kang menyesal tak sudah. Atia cakap "dulu orang selalu pesan kat kita, sekarang kita pula pesan kat orang". Yes, dulu ramai yang pesan "belaja betul-2, nanti senang nak cari keje yang bagus-2". Tapi aku dah sia-2 kan semua tu =='
#Korang yang nak ambil PMR atau SPM tahun ni, buat betul-2 tau!

Lepas dah habis makan and borak, kitorang terus gerak turun kat mana nta. Safwan #kawan Atia tunggu kat tempat lain. Bila nak start kereta, takbole pula sebab bateri apa nta, HAHA. Then kitorang kena la tunggu kawan dia pomen #baiki la, tak kan tak faham kot kereta tu. Time dalam kereta, diorang tak habis-2 nak sakat aku. Lagi-2 si Atia tu. Geram gila tau! Hahaa! Dah settle pasal kereta, terus gerak but sebelum tu pegi Kepong sebab Safwan nak ambil Farah #kawan Safwan and Atia dekat KFC. Lepas ambil Farah, terus gerak OU. #Thank Safwan and Atia sebab tumpangkan I dengan Rara :')

Sampai je kat OU, terus pegi toilet sebab nak touch up sikit. Hihi xD then terus cari Capital N, heeee :D siapa capital N? Just a few je yang tau :p Aku dah nampak dia dari belakang, tapi aku macam tak percaya tu dia. Sekali lagi tapi, aku yakin tu dia sebab aku kenal gaya dia even cuma tengok dari belakang. Rara pun macam nta la, haha. Rara tak pernah jumpa dia lagi. Mula-2 Rara tengok pun macam terkejut. Aku sendiri terkejut sebab gaya rambut dia tu, err ==' aku tak tegur dia terus, aku cuma text dia "pandang belakang". Dia terus pandang and sangkaan aku tepat, tu memang dia. Dia datang kat aku and aku kena dongak nak pandang dia. Aku tanya dia "kenapa tinggi sangat ni?". Aku geram gila tauuuu! Dia makin tinggi oh! Sangat sangat tinggi! Atau aku ni yang terlalu pendek =='

Dah jumpa si N tu, fikir-2 nak pegi mana. Then decide pegi Tutti Frutti sebab aku dah janji dengan Rara yang aku nak belanja dia. Rara macam nak ambil perisa vanilla, aku cakap la vanilla tu manis sangat macam susu pekat. Dia terus tak jadi nak ambil perisa vanilla. Borak-2 dengan Rara sambil makan ais krim. N ni suka sangat cari pasal dengan Rara tau. Geram betul aku dengan dia tu =='

Habis makan, jalan-2. Then duduk setempat. Borak-2 lagi. Rara asyik cakap pasal Ali buat muncung. Aku tau Rara rindu Ali. Hm, sabar tau Rara. Dah lama sikit tu, Zhariff pula datang. Zhariff cakap dia nak cari buku. So kitorang pegi MPH. Yeayy! Dah lama aku tak pegi MPH tau! Time Zhariff cari buku and si N tu pegi toilet LAGI ==' Rara dengan aku je yang tinggal.


Rara : Korang sesuai la
FD : Huh?
Rara : Sis dengan Zhariff
FD : Hahahaa! Jangan buat lawak la
Rara : Serious la
FD : Rara, Raraa


Serious lawak k. Hahaaa! Dia cakap kitorang sesuai sebab sama tinggi. Aku dengan N tak sebab N tu tinggi sangat! Hahaa!
#Rara, sis lagi suka yang tinggi-2 tau.

Time kat dalam MPH, agak bosan la sebab tak tau nak buat apa. Time tu pun macam awal lagi, baru pukul 3 lebih kot. Rara nak tengok Ali lagi. Aku boleh je tapi kang kesian kat N sebab datang jauh-2 then tinggalkan dia pula. Memang berbelah bahagi time tu. Kalau nak pegi jumpa Ali lagi, kang segan pula sebab tinggal ayah dia je kat rumah. Lepas tu Rara cakap takpe la kalau takbole. Hm sorry ea Rara :(

Zhariff nak balik dah, then kitorang tak tau nak pegi mana dah. Aku ajak pegi Curve, diorang pun okay je. Time jalan tu diorang macam tak larat. Kesian aku tengok. Dah sampai tu, aku terus bawa diorang pegi kedai makan. Aku tak ingat nama kedai tu ==' dah order, then makanan sampai. Aku dengan Rara sama tau, tak makan sayur. Kan Rara kan? Hihi xD si N tu pelahap oh. Makan laju gila, gelojoh la awak ni. Then aku punya air tak habis, air separuh gelas. Aku bagi dia, laju gila dia sedut! Sekejap je dah habis. Gila la awak ni! Gaya macam lapar sangat tau.

Lepas makan, jalan-2 tengok booth yang ada kat situ. Banyak barang lawa-2. Rara beli subang ribbon, lawa tau! Then kitorang duduk kat tangga @curve tu, borak dengan Rara. Kali ni kitorang borak lama gilaaaa!
#Sorry N sebab tak bape layan awak sangat time tu :)
Tengah borak-2 tu, tiba Rara tanya soalan cepumas. Hahahaa! Apa la Rara ni! Aku percayakan Rara, so aku jawab je la soalan dia tu :) Then Rara tanya N satu soalan yang aku sendiri pun terkejut. Hahaa! N cuma jawab "ntaa". Soalan apa? Biar kitorang bertiga je yang tau :')

Sebelum nak gerak balik, kitorang jalan lagi kat booth sana. Aku dengan Rara beli baju Little Miss. Comel k! :D then dah nak dekat pukul 9 malam, aku still tak balik lagi sebab tunggu ayah Rara ambil dia. Tak kan aku nak tinggalkan dia sorang-2 kot en. Sementara tunggu tu, sempat lagi borak. Dalam pukul 9 lebih, ayah Rara dah sampai and salam semua. Time tu nak je aku kiss Rara tau, HAHA! Takpe, 30 July nanti kita jumpa lagi ;)

#panjang gila entry ni :D


Bye!


*gambar ambil dari Rara Scarlet*


Lelaki kat atas tu kawan kot but aku still anggap dia macam adik aku. Semalam aku dengan Rara lawat dia, pegi rumah dia.

Dah sampai kat flat rumah dia, Atia #kakak Ali jemput kitorang. Sampai kat rumah dia, terus masuk bilik Ali. Aku dengan Rara tengok je Ali. Kesian dia :'( Ali kurus sangat! Seriously sangat sangat kurus! Sampai kakak dia sendiri cakap "dah macam mayat hidup". Dia terlantar je kat katil.

Time kitorang tengok Ali tu, dia still tidur. Nampak macam letih sangat. Atia kejutkan dia, suruh dia bangun. Atia bagitau yang kitorang datang. Tapi Ali still tak bangun, maybe dia betul-2 mengantok. Then ayah dia masuk bilik, aku dengan Rara pun salam la ayah dia. Rupa-2nya diorang ni ikut rupa ayah diorang :)

Then ayah dia buatkan susu untuk Ali. Atia suapkan dia. Aku saje mengusik Rara, suruh dia suapkan. Rara malu-2. Haha xD Atia cakap Ali cuma boleh buat muka. Mula-2 dia senyum, then buat muncung. Aww, serious comel. Macam baby tau! Hihi xD masa Atia tengah suapkan Ali, tiba-2 Ali korek hidung! Hahahaa! Lawak k. Aku tau benda macam kotor but dengan keadaan dia macam tu, memang lawak. Then Atia bagitau ayah dia yang Ali dah boleh korek hidung. Atia pun suruh Ali buat, ayah dia tengok. Ayah dia suruh berhenti sebab tak elok. Haha, kesian dia.

Rara ada bagi hadiah and card untuk Ali. Aww, so sweet. Rara tu sebenarnya awek Ali. Kesian dia kan, bf dia sakit. Kitorang tak captured gambar Ali time tu. Serious kesian tengok keadaan dia.

Atia cakap yang doktor bagitau keadaan Ali macam tu maybe dalam 4 atau 5 tahun. Korang bayangkan la! Lama gila tu. Tapi harap-2 cuma dalam setahun atau dua tahun. Korang doakan la Ali sama ea. Harap-2 dia cepat sembuh, amin :)

Maybe aku dengan Rara akan lawat Ali setiap bulan :) ada apa-2 perkembangan, aku share kat sini je. Hm k la. Tu je yang aku nak share buat masa ni.


Bye! :)



Tumblr_lms5czmbhk1qeduc8o1_500_large

Sebenarnya day 25 ni kena post semalam, tapi disebabkan aku terlalu letih keluar semalam, aku tak online pun. Balik je terus tidur. Kejap lagi aku cite aku buat apa semalam :)

Okay, makna disebalik link blog aku ni.

http://ftndiana.blogspot.com/

ftn tu aku buat singakatan dari Fatin, diana tu Diana la. So tu nama aku. Aku malas nak buat link yang pelik-2 dan panjang lebar. Cukup la cuma ftndiana. Haaa, tu je la kot. Singkat gila en entry ni. Haha. Nasib baik xD


Bye! :)

Tumblr_ldjlfs4vqf1qb5buto1_500_large


Tempat makan? Alaa, benda simple je wey. Aku lebih suka makan kat kedai mamak atau pun warung tepi jalan. Sedap pun sedap, takde la mahal mana. Dah saving duit poket, betul tak? Jangan fikir perempuan ni suka makan tempat yang bersih and "ada class". Its totally not me. Nak belanja aku makan pun, bawa tempat simple-2 sudah la. Tak payah sampai berpuluh hengget melayang. Makan sorang je pun dah bawah sepuluh hengget, bagus tak aku? Hahahaa xD

Kalau tengah masyuk, aku cuma makan kat McD atau KFC sahaja. Tapi lepas kes video KFC yang pekerja macam haram J tu, aku terus tak makan ayam KFC dah. Kalau pegi KFC pun, makan kentang wedges #betul ke aku eja ni? je. Kalau singgah mana-2 and ada KFC, mesti beli wedges tu but takde cheese k. Aku tak suka cheese ==' but kalau makan pizza, memang takbole asingkan la cheese en. Gila kau nak asing kan? Memang tak sedap ah nanti.


Haa, tu je la kot yang aku suka. But kalau nak makan Pizza Hut ke, Starbuck ke, tu parents tanggung. Teheeee :D tapi kan, Starbuck tu memang aku JARANG gila nak pegi. Setakat lalu je ada la. Sebab mahal sangat kot ==' Pizza Hut pula makan setiap bulan bila abah aku dah dapat gaji.
#semalam baru dapat makan Pizza, YUMMY! >,<


Bye! :)
722691-bigthumbnail_large


Challenge yang ini aku takde mood gatal nak buat. Kalau takde mood, kang hancur dream wedding aku tu. Hahaa! So tunggu mood gatal aku tu datang dulu k? :) tengok gambar tu pun macam tak bape ada mood en. Kang spoil pula.


Adios! :)
*klik untuk tumbesaran*


Cuba tengok keyword yang last tu, "suka bela ular". Hahahaaa! Aku baru je tulis perkataan ular kat entry INI. Entry tu aku buat semalam kot. Ada juga yang cari pasal ular ea. Hahaa :D

Keyword yang "krim muka garnier" tu maybe dalam entry INI. Yes, aku pengguna Garnier and aku selesa pakai Garnier :)

Oh ya, aku memang dapat PLKN, kumpulan 3. Shit! Bulan 9 kena pegi dah, lepas raya kot. Uwaaa! :'( harap-2 diorang terlupa nak bagi surat PLKN tu nanti. Hahahaa!

Yang Day 19 tu, korang boleh tengok kat SINI untuk full punya. Kat sidebar tu pun aku ada letak. Korang nak buat sama pun boleh :)

Ada keyword "purse domo" kan? Aku agak entry yang INI. Fyi, aku tak jumpa lagi purse tu. Ada pun kat OU, mahal wey ==' kat FB tu murah je kot. Beza sepuluh hengget. Sepuluh hengget tu boleh buat belanja makan Big Apple. Perut kenyang, aku pun suka hati. Teheee :D

Dah, taknak melalut panjang-2. Korang juga yang bosan nanti.


Bye! :)
*klik untuk tumbesaran*


Entah kenapa tiba-2 aku rasa macam nak check email tadi. Sekali tu tengok ada email dari Nuffnang. Selalunya email dari Nuffnang tu pasal perkembangan diorang, aktiviti diorang. Tapi kali ni aku dapat lain sikit. Bila baca je, aku terus tersenyum! Hihi xD happy gila k!

Sebelum ni aku ada daftar dengan Nuffnang, ada la dalam setahun. Then ada join apa nta, yang bagi slogan untuk movie. Ada dapat tiket juga. Tapi disebabkan aku ni agak malas check email, tiket tu burn macam tu je la sebab tarikh yang dia tetapkan tu dah terlepas. Memang rugi la en.

Untuk blog baru ni, aku pun daftar Nuffnang yang baru. Aku start pakai blog ni sejak bulan 5. Sabtu ni kira dah cukup 2 bulan umur blog ni. Baru 2 bulan, Nuffnang aku pun baru dapat dua hengget. Kira okay la tu daripada sebelum ni, sesen pun tadok. Sejak pakai blog ni, alhamdulillah la. Ada juga beza.

Eh, aku melalut panjang pula. Hahaha! Thank you Nuffnang sebab bagi tiket FREE! Nah, muah muah sikit sebab baik dengan aku. Dapat 4 tiket pula tu. Kalau aku yang pakai empat-2 tiket tu, pergh! Feeling wey tengok wayang sorang-2. Hahahaa! #kedekut gila. Tahun depan bagi la tiket FREE lagi ea. Jangan lupa bagi BE sama, saya ni tak pernah langsung dapat BE tau :'( #tiba-2 guna perkataan saya. HAHA!

Aku nak tunggu abah balik rumah and ajak dia pegi pejabat Nuffnang esok. Hihi xD tak sabar nak ajak abah :D
Tapi kan, yang tak bestnya tiket tu TGV la :( kalau GSC best juga #memilih, tak bersyukur langsung! Eh eh, aku bersyukur k. ALHAMDULILLAH :) hihi xD once again, THANK YOU SO MUCH NUFFNANG! :) ILOVEYOU! :*


Bye!


Tengok la tu, comel kan? Eeeee! Geram betul aku tengok binatang tu. Aku mula suka Sugar Glider sejak tengok binatang ni kat tv, rancangan Majalah 3. Err sebenarnya aku jarang tv siaran macam tu. Tapi bila tengok ada binatang comel tu, aku pun layan je la tv tu. Awww, serious comel! Harga pun comel k ==' diorang cakap lagi kecik, lagi murah and lagi besar, lagi mahal. But kalau kecik, susah pula nak jaga. Orang tu cakap kalau kecik, senang mati. Err, kang kesian pula kat binatang comel tu. Kan kan kan? :'(


Lepas bape hari aku tengok binatang tu kat tv, aku rasa macam nak bela binatang tu. Lepas tu aku tanya mak and abah,

FD : boleh tak nak bela sugar glider?
Abah : #buat muka sebab tak pena dengar nama tu
Mak : Binatang apa tu?
FD : alaa, binatang yang keluar kat tv hari tu, comel oh!
Abah : #diam je
Mak : macam mana rupa dia?
FD : mata dia bulat, badan kecik. comel!
Abah : bape harga dia?
FD : dalam dua ratus kot
Mak : tak payah mengada, mahal
FD : alaaaa #buat muka annoying =='

K, mak aku tak bagi. Sumpah "suka".
Baru-2 ni aku ada tanya lagi soalan yang sama. Kali ni jawapan mak aku lain

FD : maaaaaakkk! boleh la mak. nak bela binatang tu
Mak : jangan nak mengada! mak tak suka
FD : alaaaa maaaaaaakkk :(
Mak : kalau nak bela binatang, tunggu ang nikah esok. ang bela la ular ke, ghimau ke, suka hati ang la. mak tak kisah. tapi dalam rumah ni, jangan nak bela apa. kat ruma ni bole nyamuk, cicak je.
FD : semut, mak? HAHA
Mak : haaa! nyamuk, cicak dengan semut je bole kat dalam rumah ni. lain takbole.
FD : hahaha! kk

Aku dengan Darlina bantai gelak lepas dengar jawapan dia. HAHAHA! Okay la, lepas aku dah kawin and duduk rumah lain je boleh bela binatang. Aku nak bela ular terus, HAHAHA!

#harap-2 ada orang baik hati nak bagi
sugar glider time birthday aku nanti :D


Bye! :)
Tumblr_lmn0f7iyfs1qhds38o1_400_large

Tarikh-2 penting? Hm, rasanya banyak.


Family's Birthday
25 Jun - Mak
27 July - Diana #aku
29 September - Darlina
4 October - Abah, anniversary mak and abah
9 October - Sarah
2 December - Mirul

Bye! :)

Assalamualaikum,

Tumblr_lnmvo5ixwe1qbfx8so1_500_large


Hihi! Sebenarnya aku ada beli barang kat blogshop. Aku nampak blogshop tu dari Kak Mira. Lepas tengok-2 tu. Aku survey la barang yang ada. Aku godek-2 la then nampak blogshop tu jual inner cotton. Oh terlupa pula, nama blogshop tu CheromForinlo.

Aku nampak la inner cotton colur yang aku nak. Still ada stock, so aku pun order la. Lepas order, aku tanya macam-2. Nasib baik Kak Dilla tu tak letih nak jawab. Hihi xD then tengok kat page CheromForinlo, kak Dilla inform kat situ yang dia kat Curve, ada booth kat sana. Mula-2 aku fikir nak cancel order tau sebab boleh pegi Curve terus. Bila fikir-2 balik, sama je duit pos dengan tambang bas. Hahaa! So teruskan je la niat order melalui online. Teheeee :D

Hari sabtu dah bank in duit, so tunggu barang sampai.

Pukul 4 tadi mak call, dia cakap ada barang untuk aku. Aku agak barang yang aku beli dari blogshop kak Dilla tu. Aku pun terus turun la nak tengok. Last-2 mak aku yang rasmikan dulu pegi buka bungkusan tu ==' GRR! Nasib baik mak aku, kalau adik-2 aku dah lama kena hempuk. #sebenarnya aku taksuka family menyibuk buka surat atau bungkusan untuk aku. 

Balik rumah, aku godek-2 dulu bungkusan tu :D


Hihi! Dapat juga barang yang aku beli tu. Jom tengok isi bungkusan tu :D




Taraaa! Hahaha xD aku cuma beli inner cotton 3 helai. Satu inner cotton tu harga dia RM6. Mula-2 aku order dua je, colour hitam and kelabu. Then aku nak cukupkan RM20, aku tambah lagi satu inner colour purple.
#aku dapat shawl crumple colour oren FREE tuuu! Kau ada? Hahahaa! :D lepas ni kena la cari baju colour oren sebab aku takde baju colour oren lagi. Hihi xD
Tak rugi k beli barang kat CheromForinlo ni.




Klik banner tu kalau nak tengok blogshop yang aku cite tadi :D

Btw, thanks Kak Dilla! :D


BYE! :)
Tumblr_lnylzmjbtc1qkuo1vo1_500_large

Benda yang wajib aku bawa? Ada dua kategori k, haha xD

Kalau keluar dengan family;
I/C
Duit
Phone
#tiga-2 barang tu letak dalam poket seluar je :D


Kalau keluar dengan kawan-2;
I/C
Duit
Phone
Camera
MP3 #kadang-2
Jam tangan
Perfume
Dua purse #asingkan duit kertas dengan syiling
Sepit rambut
#semua barang tu letak dalam handbag


Berbeza, kan? Hihi xD


BYE! :)

Bangun dari tidur, ON computer then Sarah terus cakap "atak! nyet nyet!", maksud dia "akak! monyet monyet!". Haaa! Dia bukan panggil aku monyet la gila. Aku faham sangat dah maksud dia. Dia nak tengok video Bruno Mars yang The Lazy Song tu. Pasang je lagu tu, dia pun terikut angguk-2 macam Bruno Mars and monyet-2 tu.

Dari siang sampai ke malam asyik dengar lagu tu je la. Then abah balik keje, abah cakap nak pegi Jusco. Aku laju je cakap nak ikut. Yela, bosan sangat duduk rumah sampai tak tau nak buat apa dah. Dah sampai Jusco,  Sarah minta kat mak aku, "mak, wet wet!". Kecik-2 lagi dah pandai minta duit tau! Hahaha! Baru tiga tahun tu. Dah besar panjang kang, nta apa la yang dia minta nanti. Lepas dapat duit, Sarah ajak pegi arcade. Dia memang dah khatam dengan Jusco tu, HAHA. Mak and abah aku pegi mana nta.

Kat arcade, aku nampak patung DOMO. Nasib baik aku dah ada patung DOMO. Kalau tak, memang dah lama aku nak dapatkan patung tu. Kat area arcade tu ada taman untuk budak-2. Aku ajak Sarah pegi situ. Then aku masuk sama konon nak jaga la. Padahal nak tengok TV kat situ, layan JUVANA sat :D hahaa! Kat taman tu ada pondok main masak-2. Kalau aku kecik lagi, dah lama aku main kat situ juga tau. Nasib baik aku ni dah besar panjang #besar la sangat, padahal badan size budak juga :D

Lepas dalam 10 minit kat dalam tu, abah datang kat taman and ajak balik. Brrr ==' aku ingatkan boleh la duduk kat Jusco tu lama kejap, nak tengok-2 baju and seluar kot-2 ada yang aku berkenan ke. Tapi hampehh ==' cepat bebenor nak baliknya. Haihhh.

Balik dari Jusco, terus ON computer. Internet slow gila. Ni pun sebab aku nak buat challenge tu. Haa, sampai sini je la.


BYE! :)

Hoho! Entry ni aku lambat publish kot sebab nak fikir manusia yang macam mana boleh menarik perhatian aku. Hm, fikir fikir =='

Seorang yang gentlemen
Seorang yang hormatkan kaum hawa
Seorang yang tak pentingkan diri sendiri
Seorang yang selalu ambil berat
Seorang yang memahami
Seorang yang setia menemani tak kira senang atau susah
Seorang yang boleh bagi nasihat
Seorang yang tak berlagak
Seorang yang penyayang
Seorang yang hormat orang tua
Seorang yang romantik


#aku buat semua tu random k, tak ikut susunan pun. Haa, tu je la kot


BYE! :)




Benda paling mahal yang aku pernah beli, mp3 tu la. Rasanya la kot. Aku beli mp3 tu masa aku form 3 or form 4. Tak ingat la bila. Harga dia nak dekat RM200. Beli ni pun ada duit parents aku but half-2 la. Heee :D


Benda kedua yang mahal bagi aku,


BEG DOMO! Hihi xD mula-2 nak beli beg ni, aku fikir abah aku nak belanja. Last-2 aku juga yang bayar ==' harga beg ni RM50. Mahal wey bagi aku sebab time tu aku memang tengah sengkek. Kerja pun tak.


Tu je la kot, hee :D


Bye! :)
Hohoho! Gambar bilik idaman ea? Banyak tauu! Jom tengok! :D






Eh eh! Aku bukan nak bilik macam ni untuk umur aku yang dah besar ni. Aku nak bilik macam ni masa zaman budak-2 dulu la. Mesti best en ada bilik macam tu. Ala-2 princess gituu. Hahaa! Time kecik-2, tak habis-2 dengan princess bagai. Sekarang ni? Bwekkk! xD



Tumblr_lls7r7k2tm1qk0dhmo1_500_large

Yang ni aku rasa macam sempoi je, kan? Tapi aku takbole kalau katil bulat ni, kang terlentang jatuh katil. Aku ni kalau tidur, tak sopan mana pun. Teheee :D



Tumblr_lnyoy99pfg1qcrsn7o1_500_large

Haaa, yang ni lawa. But aku tak bape obses dengan colour sebenarnya. Tengok pada design juga. Bilik macam ni kalau malam-2, best la. Lawa je kan? :D



Tumblr_lny9wlegr81qzlf6wo1_500_large

Kalau yang ni aku rasa okay. Sejuk je mata memandang. Takde serabut sangat, simple je. Tapi kalau dapat bilik macam ni kat aku, memang bersepah la en :D




Yes, aku rasa aku suka yang ni. Nak bilik macam ni! :D Simple je, sangat simple!


Tumblr_lnfesf74la1qks4l3o1_400_large

Kalau rasa macam nak privacy, baik buat bilik macam ni. Kalau aku la en, aku nak tukar bilik macam ni jadi colour hitam putih. Tak pun kelabu. Style la wey! Aku tak bape berkenan sangat pink-2 ni. Ikut mood juga.

Tu je la kot.


Bye! :)
Tumblr_lngy25vtkl1qj8sn4o1_500_large

Err, cikgu yang aku suka? Dang! Takde kot. Hahaha! Jap aku fikir lagi. Hm. Sape eh?

Haa! Aku suka cikgu BM aku, cikgu Siti Noriah.
Kenapa aku suka dia? Sebab dia best la :D dia tau perangai aku dalam kelas. Kadang-2 cikgu ni boleh jadi satu geng juga. Ada masa dia garang dalam kelas, but dia garang tu bersebab. Bukan suka-2 nak marah kitorang kat kelas. Lagi satu cikgu ni baik tau! Dia nak kitorang belajar betul-2 time dah nak dekat SPM dulu. Dia bagi semangat, nasihat, macam-2 la. Serious cikgu tu best! :)

Lagi satu aku suka Mr Do. Aku tak tau la apa yang aku suka but dia ni bagus tau. Kat kelas, aku dengan Mia selalu kena ngusik dengan budak laki kat belakang. Diorang tu kadang-2 tarik kerusi, baling kertas. Macam haram je ==' Then kalau time Mr Do ada, Mr Do la yg back up aku dengan Mia. Best tau! Haha xD haaa! Mr Do tu kan macam David Teo. Apa yang sama tu? Pelat diorang la. Sumpah best bila Mr Do tu cakap merepek. Memang bising la kelas.

Haa, tu je la kot cikgu yang aku suka. Heee :D


Bye! :)

Hoho! Day 15 dah. Lagi 15 la en? Hoho! Harap-2 boleh habiskan la. 
Day 15 kali ni pasal duit ea? Jom tengok apa aku buat kalau dapat RM1juta. Pergh! RM1juta tu wey! Memang tak habis la en kalau 2 or 3 keturunan :D

Aku buat ni random tau. Tak ikut susunan. Meh tengok,


  • Bagi duit kat parents, pegi Haji or Umrah.
  • Beli rumah untuk parents.
  • Bayar hutang-2 yang ada.
  • Buat operation untuk adik aku, kasi elok muka dia tu #bukan nak ubah kejadian Tuhan k, but nak bagi nampak sempurna sebab adik aku tu baru lepas accident Raya tahun lepas.
  • Beli kereta untuk mak and abah #bayar habis, tak payah bayar tiap-2 bulan ni. Slow sangat. HAHA!
  • Bagi duit kat Opah and Tokwan, boleh pegi Haji buat kali ke dua :)
  • Buat operation untuk Opah #Opah aku tu sakit, kesian dia tau.
  • Buat pusat penjagaan kanak-2. Aku sukakan budak-2 #kadang-2 je :D
  • Derma untuk anak yatim piatu.
  • Belanja kawan-2 time birthday diorang.
  • Beli patung DOMO paling besar!
  • Beli semua barang DOMO.
  • Yang lebih tu simpan untuk masa depan :D




Pergh! Banyak gila! Hahaha! Tu semua yang aku nak buat kalau aku ada RM1juta. Baik tak aku? Hihi! But part last-2 tu kira macam membazir je en.

Assalamualaikum,


Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates