Alhamdulillah :')

by - February 26, 2012



Alhamdulillah keadaan opah dengan tokwan dah okay sikit. Jumaat petang tu kitorang bertolak pergi Hospital Manjung, Perak. Sampai sana dalam pukul 5 lebih. Ramai yang datang melawat tokwan. Opah je kat rumah. Masa aku tengok tokwan tu, kesian. Muka dia dengan tangan banyak luka2. Lepas tu tangan tokwan asyik menadah je. Macam tengah brdoa. Bila doktor datang and sentuh tangan tokwan, tokwan kata sakit. Macam nak nangis. Hm. Kesian tokwan :(

Dalam pukul 6 lebih, opah datang hospital. Aku tengok kaki opah berbalut. Kaki opah kena jahit, kaki opah koyak. Err ngeri betul. Yela, aku pun pernah kena jahit, kat bahagian dahi. Tapi tu masa aku kecik la. Biasa la, kecik2 dulu nakal. Jenis tak duduk diam. Hihi!

Masa melawat dah nak habis. Kitorang pun balik kampung. Kat kampung, ada orang datang melawat opah. Aku dengar opah cerita. Kaki dia kena 7 jahitan. Bapak ahhh! Panjang tuu . Seram wehh T__T Opah cerita masa tu baru balik dari masjid. Dah nak sampai kat rumah dah pun, lepas tu tiba2 ada orang langgar dari belakang. Tokwan pengsan lepas kena langgar, opah je sedar. Accident kat tepi jalan, tokwan kat jalan raya. Nasib baik opah sempat tarik tokwan ke tepi. Hm.

Semalam tokwan baru keluar dari hospital. Ramai gila yang datang rumah. Semuanya kawan tokwan dengan opah. Sampai aku segan nak lalu kat ruang tamu. Aku duduk je dalam bilik dengan cousin aku. Aku tengok tokwan dah okay sikit, cuma tangan dia still dalam keadaan yang sama. Bila kawan2 tokwan datang, tokwan kemain semangat lagi bercerita. Hihi! Kira dah okay sikit la tu. Kaaan? :) Lepas tu dalam pukul 7 malam, kitorang gerak balik KL :) takbole duduk kat kampung lama2 sebab abah kena balik Kelantan hari ni.
Thanks untuk yang doakan tokwan dengan opah aku :*


Bye! :)

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdullillah..elok2 semua..kesiannye..dah la org tua kan..memg si** sapa yg langgar lari tu..dah langgar tu ape salah tolong..mesti tokwan diana terkejut tu yg dia pengsan kot.. =.=

    ReplyDelete
  2. @♛ Nazirah a.k.a Naz ♛; tu la. kuangajo betul India yg langgar tu. GRR! geram gila ni! hm agaknya la. kesian betul kat tokwan,

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah janji dua2 selamat :)

    ReplyDelete