facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum Readers & Stalkers


Make sure anda betul-betul nak tempah . 
Andaboleh PM Hawa di facebook | fanpage .



  Syarat-syarat tempahan :
  • Pastikan anda sabar and make sure tak cerewet sangat :)
  • Proses menyiapkan tempahan mungkin dalam seminggu atau lebih
  • Sebarang pertukaran akan dibuat sekali sahaja dan selepas itu akan dicas!
  • Bayaran melalui RM10 ke bawah [ Topup ] | RM10 ke atas [ Bank in - Maybank ]
  • Hawa siapkan dahulu, bagi anda tengok blog anda. Jika berpuashati baru bayar.
  Jenis tempahan & harga :
  • Edit full blog = RM35
  • Edit Blog, Header & Kemaskan - RM20
  • Header = RM5 - RM10
  • Menu tab = RM1 [ 1 pcs ]
  • Banner = RM5 
  • Watermark = RM5 
  • Facebook cover timeline photo = RM5-RM20
  Sila berikan Hawa details berikut : 

  Tempahan edit full blog 
  • Email blog : 
  • Password blog : 
  • Tema blog : 
  • Contoh design : 
  • Tempahan extra : 
  Tempahan Header & Banner
  • Tema : 
  • Perkataan & gambar : 
  • Lebar & tinggi : 
  • Contoh design : 
  • Jenis : Biasa | Gif 
  • Font : 
  Tempahan Menu Tab & Watermark 
  • Tema : 
  • Perkataan & gambar : 
  • Lebar & tinggi : 
  • Bentuk : Bulat | Scalloped edges | Petak 
  • Jenis : [ Watermark sahaja - Biasa | Gif ]
  • Font : 
Entry ini telah dikemaskini . Sesiapa yang berminat nak tempah , boleh PM Hawa di facebook | fanpage . Ehh lagi satu , inform Hawa di ruangan komen bahawa korang dah PM . Risau terlepas pandang :)

 Contoh2 Gambar Cover Timeline



Assalamualaikum,


FD dapat sampul ni semalam lagi. Tapi baru siang tadi perasan sebab mak dah buka dulu sampul tu. Patut lah FD cek peti surat, langsung takde. Mak yang dah ambik dulu. Hihi. FD dapat bookmark dari kak Shida sebab menang dalam satu giveaway ni [[ENTRI]].

Terima kasih Rochelle ^^
Blog - http://missrochelle1999.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/RochellesBlog

Terima kasih kak Shida ^^
Blog - http://www.duniashida.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/duniashidadotcom


TER shortform untuk Terengganu Equestrian Resort.

Lepas abah balik dari keje dalam tengah hari tadi, abah kata abah survey tempat kat TER. Nak cari gym. Bukan gym je yang ada. Ada bowling, swimming pool, tempat main badminton, ping pong, banyak lagi! Kitorang pun apa lagi, semua nak pergi! Sarah pun excited. Lepas ambik adik FD balik dari sekolah, terus siap dan gerak.

Konon FD nak main bowling. Wayang je lebih.

First Mirul, second F (FD), last Darlina. Time FD, bukan FD main sangat pun. Asal FD nak main je, masuk longkang. BENCI! HAHA! FD dapat jatuhkan 3 pin je. Yang selebihnya tu pun minta abah ganti kan. Dah nak last tu bagi mak pula main sebab mak teringin nak cuba.

Habis main bowling, Sarah dan adik FD, Mirul pi mandi manda kat swimming pool pula. Seronok ah diorang! Jealous FD tengok tau ._.

Sementara Sarah dan Mirul bermandi manda tu, kena lah ada makan-makan sikit. Hihi! Dah macam berkelah tepi pantai pula dah :3

Lepas mandi manda, dah tentu lah diorang rasa lapar, kan? Heeee :D

Dah seronok kat sana, dekat pukul 6 lebih dah gerak balik. Rasa macam nak pergi lagi lepas ni. Nak main badminton. Tu je lah yang FD reti pun. Bowling? TEEETTTTTT! Tolak ketepi. Takmo main dah! Bikin malu je. HAHA! xD


Assalamualaikum,

Large

Entri kali ni berkaitan tentang Exclusive Giveaway yang dah lama berlalu. Maaf, bukan FD sengaja lewat nak umum pemenang untuk part 2, tetapi ada masalah sikit. Mungkin FD tak update entri pemenang part 2. TUNGGU! Bukan FD nak tipu atau lepas tangan pasal ni. FD cuma nak inform kat korang, jangan nak tunggu FD umum. Korang tengok kat blog partner giveaway [[http://azieraadenan.blogspot.com/]]. FD nak pass kat dia untuk umum pemenang. Sebab pemenang untuk bahagian yang FD umum, semuanya sponsor yang FD dapat. Untuk sponsor yang Aziera dapat tu, FD tak dapat nak detect. Sebab tu FD serahkan pada Aziera.

Large

FD betul-betul minta maaf tentang ni. Dan mungkin lepas ni FD akan lebih memilih kalau ada yang nak ajak FD ber-partner dalam buat giveaway atau segmen akan datang. Yang buruk tu datang dari FD dan yang baik tu datang dari Allah.
Tak semua orang sempurna kat dunia ni. Maaf ye semua >,<


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, menang kerongsang dari Ismah dalam 
Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani.

Terima kasih Hani ^^
Blog - http://mardiyanhani.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/pages/Miz-Rizhani-Blog/120707834770934

Terima kasih Ismah ^^
Blog - http://diaryismah.blogspot.com/


Alhamdulillah, menang topup RM5 dari Ana Ahmad dalam
Bubby Associates Giveaway.

Terima kasih kak Farah ^^
Blog kak Farah - http://furrasbubblynotes.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/msfarahsanchez

Terima kasih Ana Ahmad ^^
Blog - http://amad-jalanan.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/pages/ANa-Ahmad-Blogs/128832423854770


Assalamualaikum,


Yeay, dapat doodle ni siang tadi. Suka suka! Baju tu pula cantik! Habis lah, FD dah minat pink pula sekarang ni. Dulu masa kecik-kecik suka pink, zaman sekolah suka hitam putih, habis sekolah minat pink semula. Konon feminim ah? HAHA!
Dapat doodle untuk segmen ni
[[SEGMEN: Gadis Blogger DSLR]]

Terima kasih Apit! ^^
Blog - http://www.fizgraphic.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/pages/FizGraphicdotcom/129151090495051


Assalamualaikum,


Haritu FD ada post entri FD menang GA A Secret Journey. Boleh baca kat [[SINI]]
Hadiah ni sampai semalam, tapi tu lah. Terlupa nak update. Hihi ^^
Bawal roses warna purple, cantik! Boleh guna masa kenduri sepupu FD bulan Mei nanti. Memang kena lah sebab warna purple. Tapi sebelum tu FD kena selalu practise pakai tudung bawal lah. Hohoho! Ntah macam mana lah rupa FD bila pakai tudung bawal.

Terima kasih Sherlyanna dan Miss Za
Blog Sherlyanna - http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/
Fanpage Sherlyanna - https://www.facebook.com/ASecretJourney


Blog Miss Za - http://meetmissza.blogspot.com/
Fanpage Miss Za - https://www.facebook.com/pages/Meetmissza-Blog/428175157271762


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, FD menang felt wallet dari Cik Yaya dalam Contest CCY & LTC yang diadakan kat page Celoteh Cik Yaya. Contest like gambar. Mula-mula tak yakin nak join sebab contest jenis like gambar. Sudahnya dapat tempat ke tiga, kira okay lah tu, kan? Hihi :D

Terima kasih Cik Yaya ^^v
Blog - http://misteriomuchacha.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/CelotehCikYaya


Tadi pula tengok blog Nina. Alhamdulillah, menang topup RM5 dalam Segmen Blogwalking dan Hadiah Novel. Tak sangka pula boleh menang kategori top referral, hihi :3 ni kira kali ke tiga kot FD menang dalam segmen / giveaway yang dianjurkan oleh Nina.

Terima kasih Nina ^^v
Blog - http://neynaproperty.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/NeynaProperty

Moga awak dan awak dimurahkan rezeki. Amin :)


Assalamualaikum,


Masa mula-mula dapat parcel ni, curious sekejap sebab takde info pengirim. Fikir punya fikir, FD ada menang hand cream ke dalam mana-mana segmen atau giveaway? Hmm. Memang dalam kepala otak ni blank, takde tanda-tanda yang boleh buatkan FD fikir hadiah dari segmen mana.

Lepas tu dekat pukul 8 malam tadi ada someone IM FD kat Facebook, tanya dah dapat parcel ke belum. Haaa! Baru lah terjawab persoalan FD siang tadi. Hihi. Kalau tidak, sampai sudah FD tak tahu siapa pengirim hand cream Hello Kitty yang comel tu. Ini bukti yang FD menang free gift [ENTRI]

Psstttt, macam matching pula packaging hand cream Hello Kitty ni dengan cover timeline fanpage FD tu sebab pattern kotak-kotak. Hihi. Thanks to Opzzpinky sebab sudi buatkan cover timeline tu ^^v
Blog - http://www.opzzpinky.my/
Fanpage - https://www.facebook.com/OpzzpinkyDOTMy

Terima kasih Anseneda Shop's ^^v



Assalamualaikum,


FD dapat doodle dari adik Aina Areen. Dapat pun sebab join segmen yang Aina anjurkan. FD baru ingat nak promo, tapi Aina dah TERdelete entri segmen tu dan segmen tu dah tamat dah pun. Nasib baik FD sempat join, hihi :D

Terima kasih Aina Areen! ^^v
Blog - http://kisahgadisketawa.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/pages/Aina-Areen/154588211367617


Assalamualaikum,


Hadiah keychain love dari Little Giveaway #3 yang FD menang kat fanpage Wanny's Blog. Bole tengok [ENTRI INI].

Masa otw balik ambik Sarah dari tadika, nampak posmen. Fikir fikir, ntah ada sampul ke tidak untuk FD harini. Akhirnya, ada juga walaupun satu. Hihi. Buka je sampul, Sarah yang excited sebab bentuk love, warna pink pula tu. Nasib baik lah kakak dia pun dah biasa dengan perangai dia. Hehe :D

Terima kasih Wane dan Adfie Craft Zone ^^
Blog Wane - http://softness-self.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/NurirwaneBlogspot

Blog Afie Craft - http://adfiecraftzone.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/AdfieCraftZone


Assalamualaikum,



Ardor Collection II menjual aksesori, fake collar, hp dust plug, varsity jacket, shoes, bags dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Barangan berharga dari RM10 hingga RM170

Necklace

Price: RM12 - RM27

Hair Chalk

Short Chalk
24 pcs - RM37 | 32 pcs - RM47 | 48 pcs - RM57 | 64 pcs - RM70
Long Chalk
12 pcs - RM38 | 24 pcs - RM52 | 36 ps - RM75 | 48 pcs - RM100

Mustache Watch

RM50 FREE POSTAGE NATIONWIDE

Fake Collar

Price: RM35 - RM45

Hp Dust Plug

Price: RM15 - RM28

Untuk order, korang boleh inbox page tu kat SINI atau pun isi order form yang ada kat SINI :)

Pembayaran pula ke akaun Maybank atau BSN



Jemput like ye ^^v



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, FD menang dalam Giveaway Review Blog by aienhermionie[dot]my. Paling best menang bookmark dari CciCuteDesign dan hadiah misteri. Hihi. FD memang nak sangat bookmark dari sponsor tu sebab dia punya bookmark semuanya kawaii. Suka suka!

Terima kasih Aien dan CciCuteDesign! ^^v
Blog Aien - http://www.aienhermionie.my/
Fanpage - https://www.facebook.com/pages/aien-hermionie-official/157856624283244

Blog CciCuteDesign - http://www.ccicutedesign.com
Fanpage - https://www.facebook.com/CciCuteDesign


Assalamualaikum,


Balik dari Kursus KPP, mak cek peti surat. Haihh, rasanya 3 kali dah mak cek peti surat dan ada sampul untuk FD. Kalau FD cek, takde pula. Lepas ni biar mak je lah yang cek. Mana tau kot FD dapat sampul lagi, hihi.
Kali ni sampul dari Ejulz, hadiah untuk Segmen Ucapan Hari Lahir untuk Si Gula Ejulz. Sampul tu terkoyak sikit, tapi takpe. Nasib baik takde yang hilang :) buka-buka je ada pen dari Sarawak. Cantik! Lepas tu fikir-fikir siapa yang post. Tengok cop kat setem tu, dari Putrajaya. Lepas tu tengok ada barang lagi dalam sampul, tengok button badge tu, terus tau hadiah segmen sebab ada nama Ejulz. Hihi. Suka suka suka!

Terima kasih Ejulz! ^^v
Blog Ejulz - http://kampung-kameq.blogspot.com/


Assalamualaikum,

Semalam FD ada inform yang FD kena pi dengar ceramah dalam ENTRI INI. FD gagal nak tahan mengantuk, hahaa xD malu k, MALU!

Dapat file sebelum mula dengar ceramah. Dalam dewan ada lebih kurang 40 calon dan semuanya orang Terengganu. Masuk je duduk kat sebelah perempuan ni, senyum je. K chill. Lepas tu jawab test buta warna. Bukannya jawab sorang-sorang. Tapi cikgu tu bincang ramai-ramai. Malas nak bagi buku sorang satu katanya. Sudahnya semua 23 soalan tu betul lah. Takde silap. Senang betul kerja ye. Senangkan calon juga untuk jawab test tu. Hehe :D

Lepas tu baru start ceramah. Intro pasal BL1M, benda basic pasal lesen. Bla bla bla, cikgu buat lawak, wa senyap.
Macam mana lah FD tak senyap. Cikgu tu cakap 100% dalam bahasa Terengganu. FD faham sikit-sikit je lah pun. Agak membosankan sebenarnya sebab bagitau benda basic. Tapi okay lah, belajar juga sikit-sikit kan? 
Line internet pun tak berapa nak ada sangat masa tu, tapi boleh guna juga lah. WeChat kejap dengan Fiqa Nsz senyap-senyap masa cikgu membebel kat depan. Tu pun sebab nak hilangkan rasa mengantuk tau. Thanks Fiqa sebab temankan kak FD, hehe :3

Kursus start pukul 9 pagi, habis pukul 4 petang. Nasib baik FD yang keluar mula-mula. Takde lah bosan sangat nak tunggu turn keluar. Sebab nama FD yang paling awal! Hihi. Yang lain semuanya nama Mohamamad sekian sekian, Nurul sekian sekian. FD je Fatin Diana. Huruf F lah paling atas :D

Lepas ni test komputer, 4 Mei sehingga 9 Mei. Boleh pilih nak tarikh yang mana satu. Tempat pun boleh pilih. Banyak masa lagi untuk FD study, hihi!

Keistimewaan BL1M
-Harga yang murah
-Tak perlu bayar kalau gagal 3 kali dalam test komputer. Lepas tiga kali, bayar RM30.


Assalamualaikum,

 Cantik banner ni, kan? Pattern tribal ^^v

FD menang dalam Mini Segmen dalam page Wanny's Blog. Ntah kali ke berapa FD menang dalam page Wanny tu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, kan? :D

FD menang bookmark. Boleh pilih nak letak gambar atau tulis nama. Tulis nama tu design macam banner yang Wanny buat. Rasa macam nak letak dua sekaligus, tamak, kan? Hahaa xD ntah lah, pening tak tahu nak pilih yang mana :3

Terima kasih Wanny! ♥
http://softness-self.blogspot.com/
https://www.facebook.com/NurirwaneBlogspot


Assalamualaikum,


Sepatutnya minggu lepas lagi FD dapat feedback, tapi FD sendiri yang miss sebab FD tak perasan pihak Insitut Memandu Bitara ada call. Ntah kenapa FD tergerak hati nak call hari Isnin haritu. Rupa-rupanya FD kena start pergi dengar ceramah. FD lambat ._. so pagi esok FD kena pergi. 
Adehh, kena bawa gula-gula atau bubblegum lah untuk tahan mengantuk. FD ni takboleh dengar orang membebel lama-lama, confirm terhangguk-hangguk. Hahahaa xD
Harap-harap FD tak mengantuk lah ye. Dan moga FD dapat kawan baru sebab FD langsung takde kawan kat Terengganu ni. Wuwuwuuu T__T


Assalamualaikum,

Petang tadi pergi taman rekreasi dengan family. Semua ikut termasuk adik lelaki FD yang jarang nak ikut family keluar. Sambil-sambil tu nak bagi Sarah pergi taman sama. Tengok gambar je lah ea. Takde benda nak cerita sangat pun ^^

Mula-mula mak yang main benda ni. Lepas tu Sarah pun teringin :D

Abah dan mak ^^

Sarah baru nak try, Mirul dah kacau pi angkat tinggi-tinggi. Nampak Sarah takut sampai ternganga tu? Kesian Sarah, selalu kena sakat dengan abam Yoi dia.

Dekat pukul 6 petang, dah nak gerak balik :)

Pagi esok nak pergi taman tu lagi. Bukan FD nak jogging dengan abah dan Darlina, nak tumpang abah je dah alang-alang pergi bandar. Lepas tu nak breakfast kat McD :3


Assalamualaikum,


*sengetkan kepala korang ye*

Malam tadi tengah bosan-bosan, rekod 2 3 vidoe.
Tapi 2 vidoe je yang okay. FD share 1 video dulu ^^

Sarah pun tau iklan Kak Ton kat TV tu. Tanya je kat Sarah, "comel tak?", Sarah akan jawab "comel Kak Ton". Mula-mula FD dapat tau pun sebab mak yang tanya dulu haritu. Lepas tu hari-hari sakat Sarah, pi tanya dia soalan tu.

Vidoe tu spontan je FD rekod. Sarah sendiri tak sedar FD rekod apa yang dia cakap / buat masa tu. Dalam vidoe tu FD langsung tak bersuara. Yang tanya tu mak, dan yang gelak tu adik perempuan FD, Darlina :)
Ada lagi satu video, Kak Ton juga. Ada suara FD, tapi FD taknak share :p

Lepas ni FD share video Sarah nyanyi lagu Zizan dan Kaka pula. Kemudian FD nak ajar Sarah Gwiyomi dance. Kalau Sarah boleh buat, insyaAllah FD share. Kalau tak, takde lah videonya :3


Assalamualaikum,

Salah satu tips berguna jutawan internet, Irfan Khairi adalah perniagaan yang terbaik adalah perniagaan berdasarkan minat. Jika ada di antara pembaca entry ini berminat dengan internet dan ingin mengambil peluang yang ada yang berplatformkan internet, boleh hubungi saya, pemilik belog Anissensuous di email anissensuous@hotmail.com. Tapi sebelum tu korang dialu-alukan untuk baca semua link di bawah supaya korang dapat idea tentang program yang saya maksudkan :)

Buat Duit Melalui Smart Media Technologies Part 1

Buat Duit Melalui Smart Media Technologies Part 2

Buat Duit Melalui Smart Media Technologies Part 3

Home Page Pays Dah Upgrade Ke Version 2.0 ! Weeeeee

Kepada sesiapa yang berminat menjadi free member, korang boleh klik banner di bawah untuk mendaftar sebagai free member. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan dan tiada langsung caj tersembunyi. Dijamin 100% :)
Link banner untuk free member :)
Kepada sesiapa yang ingin menjadi paid member seperti saya, korang boleh hubungi saya di alamat emel anissensuous@hotmail.com untuk maklumat lanjut. Kalau tak nak emel, nak terus daftar dan beli pakej pun tak apa.janji korang faham :)
Link banner untuk mendaftar sebagai paid member :)


Assalamualaikum,


Kalau gini rupanya, apa nama dia ek?


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, FD menang dalam Little Giveaway #5 yang berlangsung di page Wanny, 
owner blog NURIRWANE IDR :) 
dah lah jadi pemenang utama, boleh pilih hadiah pulak tu. Suka sukaa! FD pilih topup je. Keychain kat rumah ni dah belambak sangat dah, plus taknak nanti berebut dengan Sarah. Hihi ^^v

Terima kasih Wanny! ^^v
http://softness-self.blogspot.com/


Assalamualaikum,

Hmm, rasanya FD dah lama tak update entri pasal Ali Izzat. Sesiapa yang memang selalu baca blog FD since 2011 tu maybe tahu apa yang jadi kat Ali dan siapa dia pada FD. Jangan nak fikir buah hati pula ea. Kalau nak tahu, baca entri kat bawah ni:

Get well soon Ali | Alhamdulillah, | Lawat Ali kali ke dua | Beraya dirumah Ali
Empat entri tu FD update tahun 2011. Lama tak lama? Tahun 2012 FD tak update sebab lepas balik PLKN, FD tak jenguk dia lagi.

Kesian Ali. Dia mengadu kat FD, dia jeles tengok orang yang boleh berjalan ni. FD ingat lagi, masa first time lawat Ali, ayah Ali ada cakap kaki Ali kenapa ntah. Tapi apa yang FD tahu, memang susah untuk dia berjalan semula.
Sabar ea Ali. InsyaAllah Ali akan sembuh secepat yang mungkin. Lepas tu boleh kita jalan-jalan kat KL. Hihi :')

Ali, sorry sebab akak dah lama tak lawat Ali. Akak takde kawan nak temankan lawat Ali. Akak tak berani nak pergi sorang-sorang masa tu selama akak ada kat Damasara. Sekarang akak dah pindah, so kita dah makin jauh. InsyaAllah akak akan datang lawat Ali bila ada masa dan kawan untuk temankan akak ke sana :)

FD nak minta tolong korang doakan Ali supaya cepat sembuh. Kesian dia, sakit since 2011 lagi :(
Ali accident naik motor dengan kawan dia. Kawan dia takde apa, Ali yang teruk. Koma beberapa minggu, hilang ingatan sikit-sikit, takboleh nak bercakap dan berjalan. Sekarang ni alhamdulillah, dah boleh bercakap, siap speaking lagi kauuu! Kalah FD. Hihi. Ali boleh bercakap masa bulan puasa 2011, anugerah Allah di bulan yang mulia :) sekarang ni Ali cuma takboleh berjalan je. Doakan ye,
terima kasih :)


Assalamualaikum,

FD baru je tau pasal Gwiyomi dance ni. Tu pun lepas skype dengan sorang kawan ni. Mula-mula dia buat gaya sore eyes, budak Singapore tu. Lepas tu tiba-tiba je cakap pasal video gwiyomi. FD tak tau, so search kat YouTube. Boleh tahan comel awek-awek korea tu buat Gwiyomi dance tu. Tapi lagu macam budak-budak sikit. Tapi bila kawan FD tu buat, nak tergelak pun ada. HAHA!

Lagu Kiyomi


Gwiyomi dance



Gwiyomi dance versi budak

Comey adik kecik ni. Dah besar confirm cun ^^

Gwiyomi versi lelaki

Kebanyakan orang filipina yang buat video gwiyomi dance parody. Ni je yang sopan FD rasa sebab parody lain macam, "urghh". Nak tau apa yang "urghh" tu, pi lah tengok kat youtube ea.
Tak jumpa pula orang melayu buat video parody. Teringin nak tengok :p kebanyakan perli je lebih.

Cuba lah belajar gwiyomi dance ni, lepas tu upload kat youtube or facebook ^^


Assalamualaikum,


Petang tadi 2 sampul sampai kat rumah. Itu pun mak yang cek peti surat lagi. Hihi :D
Dapat ole-ole dari Langkawi dari Cikgu Fizi dan bookmark bereben dari Ayie Abas ^^

Terima kasih Cikgu Fizi dan Ayie Abas :)


Assalamualaikum,


Alhamdulillah, FD menang bookmark dari kak Shida dalam Fantastic Challenge Giveaway by Rochelle :) sebenarnya FD dah lama sangat nak bookmark dari kak Shida. Tak tau pula rezeki FD boleh dapat dalam giveaway ni. Hihi ^^

Terima kasih adik Rochelle dan kak Shida ^^


Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

Ini rupanya perubahan yang Says buat. So lepas ni kena biasa buka 8share lah untuk share iklan kat blog and facebook ^^

Kalau buka Says, cuma ada isu semasa je lah. Takde iklan dah :D


Assalamualaikum,


Sinopsis
“Danish Aniq, siapa tak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi bila malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa.”
Itulah yang sering diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lidya yang baru berpindah di kawasan itu. Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah. Sikit pun tak ada kaitan dengan dirinya.
Pertemuan kali pertama dengan Lidya, telah melahirkan rasa cinta di hati Danish. Danish berusaha mendekati Lidya. Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu. Saat itu, dia mula memasang agenda. Agenda yang pasti akan membuatkan Lidya hadir di hadapannya.
Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak diduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini. Lidya yang telah bertakhta dalam hati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya. Namun, Lidya tetap di ingatan Danish. Lidya haknya.
Takdir Allah, siapa yang dapat melawan. Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan. Danish dan Lidya ditakdirkan bersama. Walaupun Lidya bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya. Lidya juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish. Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang baru mereka kecapi tidak berpanjangan. Ada satu rahsia yang telah terbongkar. Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lidya untuk Danish.
Kejadian apakah yang dialami Lidya dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lidya haknya? Rahsia apa yang telah terbongkar dan menyebabkan Lidya membenci Danish? Dapatkah mereka mempertahankan rumah tangga yang baru dibina? Dan, betul ke apa yang dikata orang selama ini? Danish itu manusia atau vampire?

FD berminat nak baca novel ni sebab tajuk dia ada perkataan vampire. FD suka vampire, tak tahu kenapa. Suka darah, maybe? :p okay, stop mengarut.
Novel, jalan cerita macam biasa. Benci, sayang, dugaan masa kahwin dan kemudian happy ending. Dalam novel Suamiku Vampire, Lydia dengan Danish kenal dari zaman sekolah. Lepas tu Lydia accident lepas jumpa Danish dan Lydia hilang ingatan. Lydia langsung tak ingat apa yang jadi sebelum dia accident. Lepas 5 atau 7 tahun, Lydia jumpa Danish semula dan diorang ditakdirkan bersama. Lepas beberapa hari diorang kahwin, ingatan Lydia pulih semula. Lydia ingat semua perkara, termasuk apa yang terjadi sebelum Lydia accident dan hilang ingatan.
Apa yang jadi? Korang beli lah novel ni. Seriously best sangat! Walaupun Lydia ego, Danish tetap sabar layan isteri dia. Usaha Danish tak sia-sia. Danish romantik sangat! Untung Lydia Alya dapat suami macam Danish Aniq. Tapi sayang, cerita novel ni macam cerita dongeng. Kalau watak novel betul-betul wujud, indahnya dunia! :D

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates