Review Novel: Isteri Untuk Disewa

by - February 12, 2014


Assalamualaikum.
Kali ni FD nak review novel lagii. Hihi!
Makin semangat beli novel macam-macam.
Meh baca review novel Isteri Untuk Disewa ;)



Terbitan Karya Seni
Penulis: Syamnuriezmil
Tajuk: Isteri Untuk Disewa
Harga: RM32 SM / RM35 SS


Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.
Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?


Review dari FD:
Haaa, gila kau sampai 4 lelaki nak kat Nur! First, FD beli novel ni sebab cover novel ni serba pink! Sebab watak Nur ni, memang obses dengan warna pink. Macam kena je dengan FD, eh perasan pulak. HAHA! Baca pulak sinopsis, memang macam menarik. Kerja gila oi nak bagi sewa orang. Selalunya sewa rumah, kereta, buku. Ini berani mati punya orang, ambik risiko tu. Sewa orang, bukan gadai body. Banyak yang FD belajar lepas baca novel ni. Apa itu cinta yang sebenarnya. Cintakan sesorang yang awak takbole hidup tanpanya, bukan cintakan dia yang kita boleh hidup bersama. Faham dok? Memang ah pusing pusing. Tapi baca lah sampai faham. Setiap lelaki yg nak kan Nur, ada kurang dan lebih diorang sendiri.
Bila baca novel, mula lah berangan. Nak cari pasangan macam hero dalam novel ni. Oh my, alangkah indahnya hidup kalau sama cerita macam dalam nove.


P/s: Kuku pink tu FD pakai inai homemade. Pewarna tu guna pewarna makanan. 
So inai ni boleh bawa solat. Jangan nak kata yg bukan-bukan naaa.


You May Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum.. macam best je.. kita dah lama tak beli novel ni. hihi

    ReplyDelete
  2. wow,4 lelaki tu! terinign nak tahu lelaki mana yang dia pilih :)

    ReplyDelete
  3. peh. best tu cerita ni. hehe FD beli buku ni berapa ringgit?

    ReplyDelete
  4. waaa, saya minat gila baca novel kak fd. tapi xda duit nak beli hahaha. macam best jee

    ReplyDelete
  5. BACA DAH NOVEL NI.. HEHE. boleh tahan gak la novel ni best dia. just, bagi shad, it's too complicated kot. ramai sgt laki minat dia, so, baaanyakkk sub2 cerita lak.. hehe

    ReplyDelete
  6. sorry, the inai is very nice.
    homemade? or beli kat mana?
    bleh share? thanks!

    ReplyDelete