Terbeli pulak patung Baby Alive masa Shopee Sale 2.2

by - April 01, 2021

Assalamualaikum


Sale 2.2 kat Shopee haritu saje lah cuci mata layan tengok sale apa yang menarik. Haa, kemain lama peran story, bulan 4 baru nak publish. Hehe. Haa sambung balik, kot la ada benda yang memang berbaloi nak beli ke kan. Maklum lah, tu salah satu terapi buat wanita walaupun sekadar masuk item dalam troli 🤪

Pastu ternampak lah ada sale untuk patung Baby Alive. Lama dah terasa nak beli, dari sebelum kawin lagi. Eh walaupun dah ada anak, jiwa minat patung tu masih ada ye 🤭 saje la alasan nak beli kat anak, haha.

Ini patung yang FD tengok. Harga asal RM129.90. Memang tak la nak beli dengan harga beratus. Kite ni pakar lah bab beli dengan harga murah 🤭 Masa sale harganya RM97.43. Dah jimat RM32.47 kan? Ehhh tak beli lagi dengan harga tu. Kite tinjau pulak voucher apa yang ada kat Shopee yang bole guna untuk item ni. Main pulak Shopee Poly, dapat voucher discount RM15.  Guna pulak coin yang ada sebanyak 133coin yang nilainya RM1.33. Sooo, masa tu lah kite checkout dan bayar dengan harga RM81.10

Nasib baik lah anak dara kecik ni nak jugak main patung. Masa mula mula nak beli tu duk fikir jugak risau dia takut patung ke apa ke. Sakan weh dia main buat macam hidup sungguh. Bagi makan lah, dodoikan tidur. Dia ikut apa yang ibu dia buat kat adik. Tu yang kelakar 😂

Saje beli jenis rambut keras kejung gitu. Tau dah akan bawak mandi sekali lah apa lah. Takde lah kang rambut serabai nak sikat bagai. Patung ni siap pakej ada pampers sekeping, tanah liat untuk buat snacks bagi patung makan. Puas hati lah beli patung ni sebab anak beriya main. Takde lah terbiar main kejap kejap. Siap bawak masuk tidur sekali tau.

Haa, kalau ada yang tertanya link Shopee ni, FD beli kat Hasbro Official Store. Banyak jenis patung Baby Alive ni sebenarnya. Tapi gitu lah, kite beli ikut budget kite [Baby Alive Snackin' Lily]. Setakat yang kite mampu je. Pastu nak anak happy. Happy kid, happy mom 😍 gitchuuu

You May Also Like

1 comments

  1. Ai takut patung2 macam ni. Nak2 yang ada keluar bunyi tu. Rasa diperhatikan. Hahaha!

    ReplyDelete