Senang betul order produk F&N di aplikasi F&N Life

by - May 01, 2021

Assalamualaikum


Sekejap je rasanya dah Ramadhan ke 20. Tapi persiapan Raya tak sedia pun lagi. Dari bab makan sampai lah pakaian. Biar lah takbole rentas negeri balik kampung pun, Raya tetap kena diraikan, betul tak? Mujur lah ada aplikasi F&N Life ni, boleh beli online je. Siap ada pakej Ramadhan dan Raya pulak tu.


FD pun baru je tau ada aplikasi F&N Life ni. Kalau tak, memang duk beli situ je lah sebab mudah dan penghantarannya pun cepat. Jimat masa dan duit. Bukan setakat air gas je tau. Macam macam ada kat aplikasi F&N Life ni.
Daftar je macam biasa, pastu masa nak order jangan pilih next day delivery. Nanti jadi macam FD haritu, tak lepas lepas nak order 😂 rupanya kena pilih normal delivery lepas masukkan poskod kawasan kite ye.

Ada 3 jenis bundle dalam aplikasi F&N Life; Ramadhan Bundle, Raya Bundle dan Gift for Your Family. Kalau nak order untuk family yang jauh tu, sesuai sangat lah sebab kite kan takbole nak rentas Negeri untuk beraya.
 
FD pilih kat kolum Raya Bundle. Ambik Masak Masak Raya Bundle lah sebab tak sempurna Raya kalau takde lemang dan ketupat, hehe. Untuk set ni akan dapat sampul duit Raya secara PERCUMA tau. Harga untuk set Masak Masak Raya Bundle ni sangat lah murah ye daripada beli kat supermarket atau mana mana kedai.

Banyak tau dalam Masak Masak Raya Bundle ni. Nak balik kampung makan lemang style kampung tak dapat, kite makan lemang masak atas dapur je lah. Janji lemang 😂
Tunggu next entry kite share kite masak apa dengan Raya Bundle ni ye 😉

You May Also Like

1 comments