Safi Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo buatkan rambut SUPA Soft!

by - June 22, 2021

Assalamualaikum!

Geram je tau Safi Shayla macam non stop perbaharui produk diorang. Makin lama makin best sampai taktau nak pakai yang mana satu. FD memang dari dulu guna barangan dari Safi Shayla sebab serasi dengan FD. Bila tau ada new product nak launch, harus lah cuba taknak ketinggalan😋


SAFI adalah jenama Halal terkemuka dan unik yang mengeluarkan produk rangkaian penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang lengkap, dan dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki muslim moden.
Dibuat dengan ramuan semula jadi terbaik yang sah dan mengikut keperluan Syarak dan diperakui
HALAL oleh badan bebas yang tegas - JAKIM.
Safi Shayla adalah sub jenama penjagaan rambut di bawah SAFI - orang Melayu terkemuka,
jenama peralatan mandian. Safi Shayla adalah syampu pertama yang khas direka dan dirumuskan untuk pemakai Hijab, dilancarkan pada bulan Oktober 2013. Jangkauannya diformulasikan dengan Habbatus Sauda, ​​yang semula jadi, ramuan yang terkenal di kalangan orang Melayu. Halal diperakui oleh
JAKIM; dipercayai dan boleh dipercayai.

Safi Shayla memperkenalkan produk rangkaian terbaru Safi Shayla SUPA Smooth Fragrant Shampoo & Leave On Cream yang akan membuatkan rambut anda SUPA lembut, SUPA wangi dan SUPA ringan! Haa menarik tak?

Untuk rangkaian SUPA ni, ianya kaya dengan 11 miyak pati berkhasiat. Gabungan untuk 11minyak pati adalah rumusan semula jadi untuk penjagaan menyeluruh yang menyihatkan rambut dan membekalkan hidrasi secukupnya.
Selain tu, SUPA menggunakan teknologi Hydra Seal supaya rambut kite kekal lembut dan tidak berminyak walaupun kite bertudung, dengan wangian yang brtahan sehingga 72 jam.

Rasanya semua tau yang dalam set penjagaan rambut Safi Shayla mesti ada minyak organik habbatus sauda. Ianya kaya dengan nutrien yang menyuburkan rambut. 


SAFI Shayla mengadakan GIVEAWAY satu-satunya Supa Pink Vespa bernilai RM17,000 sebagai Hadiah UTAMA dan hadiah wang tunai mingguan hingga RM1,000 kepada pengguna bertuah yang
menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa di seluruh negara dari 1 Julai - 31 Julai 2021, dengan pembelian minimum RM15 untuk sebarang produk SUPA SAFI Shayla.

GOOD LUCK!

Instagram: @SAFIMalaysia

You May Also Like

0 comments