Permohonan i-Citra sudah dibuka!
Assalamualaikum
Mesti ramai yang tertunggu permohonan untuk i-Citra kan. Yelah, ramai terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni tak kira lah yang bujang mahupun yang dah berkeluarga. Pejam celik dah setahun lebih COVID19 ni ada.
Ini kali ketiga kerajaan offer guna duit KWSP bagi yang putus pendapatan atau kekurangan pendapatan. Dengan orang kena buang kerja, kedai tak bukak. Lagi lagi yang kerja sendiri, teruk sangat!
Moga COVID19 cepat hilang dari Malaysia dan semua rakyat boleh hidup seperti biasa.
Syarat kelayakan untuk memohon:
• ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuk ahli bukan warganegara
• mempunyai jumlah simpanan sekurang kurangnya RM150 dalam akaun KWSP semasa tarikh pemohonan
Minima pengeluaran adalah sehingga RM5,000 dan akan dibayar secara bulanan selama 5 bulan. Pemohon yang diluluskan akan dibayar minima RM50 dan maksima RM1,000 per month tertakluk pada jumlah simpanan dalam akaun.
Pemohon mesti tinggalkan sekurang kurangnya RM100 dalam Akaun 1 supaya dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.
Bawah ni contoh amount yang korang nak keluarkan:
Nota:
Amount bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat.
Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.
Bayaran i-Citra ni akan tolak dari Akaun 2. Tapi jangan risau kalau Akaun 2 takde atau tak cukup jumlah, mereka akan tolak di Akaun 1 pulak.
Bila pemohon akan terima bayaran?
Bagi yang memohon pada bulan Julai, akan terima bayaran pada bulan Ogos. Cuma tarikhnya belum ditetapkan.
Update:
Sekarang dah boleh semak kot permohonan dah diluluskan! Klik je link bawah ni
0 comments