Vincenzo cerita Mafia Itali Korean yang tengah viral

by - June 28, 2021

Assalamualaikum

  
Tengah hangat drama Korea tajuk Vincenzo ni sampai trending. Bila trending FD pun taknak lah melepas apa yang syok sangat drama ni. Lagi lagi hero dalam cerita ni Song Joong Ki.

Sinopsis Vincenzo:
Pada usia lapan tahun, Park Joo-hyung (Song Joong-ki) telah menjadi anak angkat oleh keluarga Itali. Dia kemudiannya menyertai mafia dan menjadi anak angkat oleh Don Fabio, ketua Keluarga Cassano. Dinamakan semula "Vincenzo Cassano" dia menjadi peguam, consiglier untuk mafia, dan orang kanan Don Fabio. Selepas Fabio meninggal dunia, Paolo, anak kandung Fabio dan pemimpin baharu keluarga Cassano cuba membunuh Vincenzo.

Dia melarikan diri ke Seoul dan berhasrat untuk mendapatkan semula 1.5 tan emas yang dia telah membantu hartawan China yang baru mati disimpan secara rahsia di ruang bawah tanah Plaza Geumga. Walau bagaimanapun, anak syarikat Babel Group telah mengambil pemilikan bangunan secara haram dan Vincenzo mesti menggunakan kemahirannya untuk menuntut semula bangunan itu dan memulihkan kekayaannya.

Antara penyewa unik di Geumga Plaza ialah Firma Guaman Jipuragi yang dikendalikan oleh Hong Yoo-chan (Yoo Jae-myung) di mana Vincenzo mendapati dia mempunyai minat yang sejajar. Pada mulanya dia berkonflik dengan anak perempuan Hong Yoo-chan, Hong Cha-young (Jeon Yeo-been), seorang peguam untuk firma saingan, tetapi selepas kematian bapanya dia mengambil alih amalan itu dan bergabung tenaga dengan Vincenzo dan penyewa lain untuk melawan Babel Group.

Pelakon:
Song Joong-ki
Jeon Yeo-been
Ok Taec-yeon
Kim Yeo-jin
Kwak Dong-yeon


Pada FD, awal cerita dalam drama ni slow sangat. Terlalu slow sampai rasa bosan. Bila masuk episod 2 dan seterusnya, jadi makin tak sabar nak tengok next episod. Lagi lagi bila ada plot twist yang kite tak expect dalam cerita ni dimana watak Taec-Yoen ni awal awal tu macam bodoh bodoh budak lembab gitu, rupanya dia lah yang paling kejam.

Cara Vincenzo lawan musuh pun smooth je awal awal. Tapi bila part balas dendam kat kepala kepala yang rancang ni, terpaling power lah. Kasi seksa teruk sampai mati.

Bila dah hujung cerita tu, keluar lah bakat bakat geng Plaza Geumga. Semuanya bukan biasa biasa. Ada yang pernah jadi peninju, hackers, macam macam lah. Power ah punya nak protect bangunan Plaza Geumga taknak terlepas kat tangan penyangak jahat.

So far cerita ni tak terlalu berat walaupun katanya mafia. Takde lah scene gaduh teruk yang sampai tahap ngeri. Tapi better 16 tahun keatas lah umur tu kalau nak tengok. Cuma ending cerita ni agak kureng sebab hero dengan heroin takboleh nak stick together 
😕

Btw, FD duk layan cite kat Netflix je sekarang

Rate personal: 4/5 ⭐

You May Also Like

0 comments