facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,


Ini yang FD terbaca kat newsfeed tadi. 

Rasanya masalah server DNS domain dari AsiaHost dah settle. Tadi pun FD ada blogwalking kat blog yang guna domain dari AsiaHost dan rasanya takde apa-apa masalah lagi. Dah boleh blogwalking macam biasa ^^

Tapi ada blogger yang guna blogspot dot com semula, kan?


Assalamualaikum,


Tanda-tanda besar:-
  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi. -Timur, Barat, dan Semenanjung Arab
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua



Tanda-tanda kecil
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Binatang buas berbicara dengan manusia
  • Bulan terbelah dua
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat


Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.


SUMBER


Rasanya tanda-tanda kecil tu 97% dah terjadi kat muka bumi ni. Kan? :/
Lagi-lagi part homoseksual dan anak luar nikah tu. Dah kenapa lah manusia zaman sekarang ni. Queen control dan anak yang kurang ajar pun dah ramai rasanya. Perang kat dunia ni pun dah banyak jadi.


Assalamualaikum :)

Disini FD nak jual novel secondhand yang masih elok dan boleh dibaca. Takde rosak atau koyak. Paling teruk pun warna kertas jadi kekuningan sikit. Harga ikut pada keadaan novel.


Kau, Aku, Kita
Garis (Limited Edition FIXI)
Indera Bumi
Bongkar
Pekan-Pekan Kertas
Kampung Girl
Isteriku 19 Tahun


Contact
https://www.facebook.com/ftndiana27


Assalamualaikum,

1. Angel Falls
Negara: Venezuela
Lokasi: Taman Negara Canaima
Sungai: Gauja (Rio Gauya), anak sungai Rio Churún
Tinggi: 3,212 kaki (979 m)

2. Tugela Falls
Negara: Afrika Selatan
Lokasi: Taman Negara Natal
Sungai: Tugela River
Tinggi: 3,110 kaki (948 m)

3. Cataratas Las Tres Hermanas
Negara: Peru
Lokasi: Cordillera Oriental
Sungai: -
Tinggi: 3,000 kaki (914 m)

4. Oloʻupena Falls

Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 2,953 kaki (900 m)

5. Catarata Yumbilla

Negara:Peru
Lokasi: Amazonas
Sungai:
Tinggi: 2,938 kaki (896 m)

6. Vinnufossen

Negara: Norway
Lokasi: Sunndal, More Og Romsdal
Sungai: Vinnu
Tinggi: 2,822 kaki (860 m)

7. Baläifossen

Negara: Norway
Lokasi: Ulvik, Hordaland
Sungai: Baläi
Tinggi: 2,788 kaki (850 m)

8. Pu’uka’oku Falls

Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 2,756 kaki (840 m)

9. James Bruce Falls

Negara: Canada
Lokasi: Princess Louisa Provincial Marine Park
Sungai: -
Tinggi: 2,755 kaki (840 m)

10. Browne Falls

Negara: New Zealand
Lokasi: Taman Negara Fiordlands
Sungai: -
Tinggi: 2,744 kaki (836 m)

SUMBER

Air terjun yang cantik pada FD Angel Falls dengan Cataratas Las Tres Hermanas.
Seriously cantik sangat-sangat! ^^


Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

Siapa yang guna domain dari AsiaHost? Blog korang tu tak keluar, kan? Ini ada pengumuman dari AsiaHost. Katanya ada masalah sikit tentang server DNS.
Rasanya kalau tak tukar pun takpe kot, cuma kena tunggu lama sikit je. Rasanya lah :3

Blogshop FD pun takboleh buka buat masa ni. Kalau FD rajin, FD tukar lah kot DNS tu nanti.

Cara nak tukar DNS



Assalamualaikum,

FD nak share 3 gambar yang agak ngeri + geli dalam masa yang sama nampak awesome! FD terjumpa gambar-gambar ni masa tengok gambar kat we♥it :)

Telinga berdarah, tak tahu lah buat apa

Gila kot makan mata

Macam tengah frust je

Ni paling jijik FD tengok. EUWWWW!


CREDIT: ninaylyssa via we♥it / Lots At E Minor



STICKY POST 48 JAM
ENTRI REVIEW
(IKLAN DI BLOG FD)


Assalamualaikum,


http://www.mohdzuhri.com/

Dulu adik Zuhri ni pakai url  http://xiaoxandriabunk.blogspot.com/
Mula pakai domain sejak 16 Januari 2013. Baru je lagi. Itu pun sebab menang segmen kalau tak silap FD.

Kalau korang nak tahu tentang adik Zuhri, terjah SINI okay? :)
Seriously adik Zuhri ni muda sangat! ^^

So far, blog adik Zuhri okay je. Simple sangat dan serba biru. Cepat loading pula tu. Tak perlu nak tunggu lama-lama.

Jom singgah blog adik Zuhri! ^^
http://www.mohdzuhri.com


Assalamualaikum,


Selamat menyambut Maulidur Rasul ^^

Info:

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

SUMBER


Assalamualaikum,

Via Nuffnang

Via Blogger


Ni post pertama untuk harini. Memang FD takde idea nak update apa. Tiba-tiba terfikir nak guna satu benda ni. Benda yang FD pernah share dengan korang sebelum ni. Terbukti benda ni menjadi tau!

Cuba korang tanya blogger lain yang guna benda alah ni. Confirm diorang cakap benda ni betul, tak tipu ^^


http://www.fatindiana.com/2013/01/teknik-tingkatkan-trafik-40k-uv-sehari.html

Untuk yang tak guna hosting, abaikan je part yang korang kena install untuk hosting tu :)


Assalamualaikum,

Tumblr_llp7mwsob71qiq9x6o1_500_large

Harini mood FD tak berapa nak okay sangat. Ada je benda yang tak kena. Haihh.
So sekarang, FD nak share tips untuk kawal perasaan marah tu ^^

  1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  3. Minum air.
  4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  7. Berfikiran positif.
  8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


SUMBER

FD kalau marah, selalu jerit kuat-kuat atau nangis puas-puas. Tengok tips nombor 8 tu, so tak elok lah kot nak jerit-jerit. Lepas ni nak kurangkan jerit pekik bila marah. Eh eh, jerit pekik dah macam url sorang blogger ni pulak ----> http://www.jeritpekik.my/

Okay, lepas ni FD akan cuba ikut tips kat atas ni tiap kali terasa macam nak marah. Tak elok kan asyik marah-marah ni. Orang kata marah-marah ni nanti cepat tua. Ohh tidakk, FD tak nak nampak tua. Hehehee :D


Assalamualaikum,

Tempat ke lima
hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro
SAYWHO

Tempat ke empat
hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro
BOBOI

Tempat ke tiga
hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro
SHIRO

Tempat ke dua
hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro
JAMBU

Tempat pertama
hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro
JOZAN


Tahniah JOZAN! Korang memang the best! ^^
Tapi terkilan sebab SHIRO tempat ke tiga :( tapi takpe, tetap top 3 :D


Assalamualaikum,

I love you Zizan!
Eh? Tiba-tiba je. Abaikan :p

Tema Bebas

Johan buat surprise kat Zizan! Tiba-tiba je Johan muncul.
So U-start Enjin tak keseorangan lah kan? Suka sukaaaaaa!^^


Tema Muzikal

Empty.. Empty
Tiba-tiba lagu Kosong ada dalam versi tamil. Hahaa xD Johan hentam bahasa macam-macam jenis pula tu.


Sweet gila suami isteri ni.
"Abang cari apa?", "Abang cari jambatan", "Nak buat apa dengan jambatan?", "Abang nak menyeberangi hati sayang",
Amboi, sweet habis suami dia :3


"Zila kenapa balik lambat? Pergi karok kat mana?"
Jambu sentiasa PINK ^^v


LIVE STREAMING VIA FUH.MY


Assalamualaikum,


Maharaja Lawak Mega 2012 AKHIR bertemakan Freestyle dan Musical.

Harap-harap JOZAN juara dalam Maharaja Lawak Mega malam ni ^^
Kesian Zizan solo lagi malam ni. Buat yang terbaik JOZAN! 


Assalamualaikum,


Haritu FD ada cash out duit Says dan FD dapat duit tu awal. Tak perlu tunggu lama-lama sampai dekat sebulan. Nak tahu macam mana? Meh sini FD nak share tips ^^


Nampak tak apa Aqila bagitau? Itu lah yang FD baru tahu sebelum cash out kali ke 5 haritu. So kalau korang taknak tunggu duit masuk lambat, better korang klik sebelum hari Isnin minggu pertama dan minggu ke tiga. Baru lah boleh dapat duit tu awal ^^v

FD je baru tahu. Ntah-ntah korang dah tahu sebelum FD share tips ni kan? :/


Belum daftar akaun Says? DAFTAR KAT SINI CEPAT! Percuma je! Daftar, share link, orang klik link, korang dapat earning. Senang je kan? ^^
Tunggu apa lagi? Daftar sekarang :D


Assalamualaikum,

Tumblr_mbrck1nxbz1rtzlzf_large

Ini part ke tiga pula. Rasanya dah lama tak update pasal mood blogwalking terbantut sebab apa kan? FD update ni sebab baru teringat. Lagi pun benda dah lama tak jadi kat FD, lepas tu dua tiga hari lepas jadi balik. 
Apa yang dah jadi? Ni diaaaa!

Rasanya ada setengah blogger tu tahu kot gambar kat atas tu. Yes! Music player yang takde butang pause.
Faham apa maksud FD? Bagus lah kalau faham.

Untuk yang guna player macam dalam gambar kat atas tu, sila lah tukar secepat yang mungkin bagi mengelakkan takde kunjungan dari blogger lain. Boleh buat orang sakit hati kot. Baik guna youtube player atau macam FD punya tu. Ada juga butang pause. Takde lah blogger lain sakit telinga nak dengar. Lagi-lagi yang pasang lagu rentak kuat-kuat. Kasi bingit je tahu? 

Tumblr_l451tjj4721qbopido1_400_large
Kalau lagu best, dah tentu lah blogger lain tak tukarkan sound pada mute. Ye dak?
Banyak kot tutorial letak lagu guna youtube player. Tanya je kat pakcik Google ^^

FD ada soalan. Lagu kat blog FD ni ada mengacau korang masa blogwalking ke sini tak? :)


Assalamualaikum,




Sinopsis Wawa Semput Full Movie
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?




Wawa Semput, sebuah filem kesinambungan dari filem blockbuster Adnan Sempit menampilkan para pelakon kesayangan korang iaitu Yana Samsudin, Along Cham, Angah Raja Lawak dan Adiba Yunus di samping Kaza dan Mie Raja Lawak. Nantikan filem WAWA SEMPUT di pawagam 31 Januari 2013. Pandai-pandailah Lu Hidup Sendiri!!

Dalam trailer ni yang FD suka part minit ke 1:27 tu

Angah: Abang....
Along: Kakak...
Angah: Nak ke mane?
Along: Nak tumpang lalu...
Angah: Nak lalu, lalu lah...


Nak tengok wayang, memang tak lah kot. Melainkan kalau FD ada turun KL kot family ada apa-apa urusan kat KL ke. Kalau tak turun KL, tunggu cerita ni keluar kat internet je lah jawabnya. Tak sabar nak tengok! ^^


Assalamualaikum,


Siapa kat sini nak domain PERCUMA?!

Sila klik link kat bawah ni
>>http://tintasiber.my/domain-percuma/<<
atau
>>http://bit.ly/domainPERCUMA<<


Penganjur akan memberikan 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.
Korang tunggu apa lagi? Serbu cepat!!!

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma.
Sila gunakan promotion code “belia”


Assalamualaikum,

Dah lama nak update pasal Planet Popcorn, tapi selalu sangat terlupa =='





Bulan 12 tahun lepas, mak FD beli popcorn dari Planet Popcorn kat Selayang Mall. Mak cakap popcorn tu mahal. FD pelik lah kenapa mahal sangat? Mak kata sebelum tu diorang bagi rasa dulu semua jenis popcorn. Mak fikir nak beli popcorn perisa BBQ, tapi takut FD dengan adik-adik yang lain tak makan. So mak beli popcorn Mel-Mel(caramel) je.
1 bucket tu harga RM14.90. Mahal tu woi!

FD pun nak try rasa popcorn tu. Sekali masuk mulut, macam sedap. Makan lagi dan lagi. Bukan try dah tu. Hahaa xD so baru FD tahu kenapa popcorn tu mahal. Bentuk dia yang agak besar sikit dari popcorn biasa dan rasa dia sedap sangat! Seriously tak tipu k. Bentuk dia pun lain daripada yang lain.

Harap-harap Planet Popcorn akan buka kedai kat area Kuala Terengganu ni ^^


Assalamualaikum,

Yes, FD menang Pure Marin Collagen dari 1st Giveaway by Nanie. Akhirnya, sampai juga hadiah ni.

Orang kata collagen ni bagus, kan? Hm FD tak berapa tahu sangat tapi cousin FD ada guna collagen tu. Tengok hasil dia pun boleh tahan. FD dengan mak macam tertarik je nak guna. Banyak tu boleh tahan berapa lama pun tak tahu. Harap-harap boleh tahan dalam beberapa minggu lah sebab FD tengok 1 paket tu macam banyak je.

KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN:
Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
Menguatkan tulang dan sendi.
Meningkatkan sel rawan dan otot.
Merawat penyakit gaut.
Mencegah kanser
Menurunkan tekanan darah tinggi.
Merawat Gastrik.
Anti bakteria / kulat.
Merawat Anemia.
Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh).
Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
Menpercepatkan penyembuhan luka.
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
Menberi Kekenyangan (diet).
Melancarkan sistem metabolisme.
Memulihara usus kecil (sembelit)

Itu antara info yg FD tau tentang kolagen ni.


Terima kasih Nanie dan Bodymate Collagen Juice ^^v



Assalamualaikum,


Tumblr_mf2wozritd1rln8vao1_500_large



Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama nak update pasal baju ni, tapi disebabkan camera takde, baru harini nak update. Belum basi lagi untuk cerita k? Baru 3 hari. Tehee :D


Wuuuuuu, ada url blog itew lah. Hahaa xD

FD dah lama tempah baju Kelab Blogger dari Abang Ben Ashaari ni, tapi FD bayar lambat sebab ada masalah kewangan sikit :3 padahal baju blogger ni murah je. RM30 sekali pos :D

Excited bila dapat baju ni sebab ni first time FD tempah baju blogger. Lepas ni nak tempah baju blogger kat Hazwan Hairy pula. Nampak omey sebab ada bentuk love ^^

Ini contoh gambar baju blogger yang HH nak buat tu
Yang HH buat ni pun RM30 termasuk pos :)
Klik SINI untuk lebih lanjut


Korang pun mesti ada tempah baju dari Abang BA kan? :D

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates